Pemain terbaik dunia Neymar bakal ganti Messi, Ronaldo

Dengan pertambahan pengalaman dalam setiap perlawanan, beliau percaya Neymar bakal menggantikan Messi dan Ronaldo sebagai pemain terbaik di dunia.
NEYMAR BAKAL GANTI MESSI, RONALDO

Bekas pengendali Arsenal, Unai Emery optimis bintang Paris Saint Germain (PSG), Neymar bakal dinobat pemain terbaik dunia menggantikan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Ini kerana, tonggak Brazil itu memiliki bakat dan kemampuan luar biasa semasa di padang sejak mula menyarung jersi kelab Santos.

Menurut pengendali berusia 48 tahun itu, Neymar memiliki bakat, kemampuan dan kualiti tersendiri.

Dengan pertambahan pengalaman dalam setiap perlawanan, beliau percaya Neymar bakal menggantikan Messi dan Ronaldo sebagai pemain terbaik di dunia.


Beliau percaya, Neymar sedang membentuk karakternya.


Emery dan Neymar pernah bekerjasama di PSG pada musim pertama Neymar di Paris ketika saingan Ligue 1 2017/18.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.