Cristiano Ronaldo bakal timang anak kelima

Ronaldo memiliki empat anak iaitu Cristiano Jr serta kembar, Eva dan Mateo serta Alana Martina.
Cristiano Ronaldo bakal timang anak kelima

Cristiano Ronaldo dijangka menimang cahaya mata kelima selepas teman wanitanya, Georgina Rodriguez memberi bayangan hamil menerusi satu mesej yang masih menjadi tanda tanya.

Model berusia 26 tahun itu menimbulkan teka teki berkenaan di media sosial sebelum berlepas ke Itali selepas hampir dua bulan berada di Madeira.


Cristiano Ronaldo bersama teman wanitanya, Georgina Rodriguez dan empat anak.

Kemas kini di Instagram miliknya menyaksikan dia memuat naik gambar kabur beserta tulisan "Baby Girl" (bayi perempuan).


Rodriguez tidak mengesahkan mengenai perkara itu, namun tampak mengharapkan bayangan berkenaan mungkin menjadi kenyataan.

Ronaldo memiliki empat anak iaitu Cristiano Jr serta kembar, Eva dan Mateo serta Alana Martina.


Ketika wawancara bersama majalah Sepanyol, Hola!, Rodriguez pernah berkata: "Di masa depan kami ingin menambah ahli keluarga kami."


"Saya seorang manusia. Hormon saya memainkan peranannya dan saya sudah pulih dari kehamilan pertama." - AGENSI

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.