Marcel Kalonda Sangkal Spekulasi Lahir Di Malaysia, Cuma akui Datuk Berasal Dari Sabah

Marcel sedia jika diberi peluang untuk beraksi bersama pasukan negara
Marcel Kalonda Nafi Lahir Di Malaysia, Akui Datuk Berasal Dari Sabah

Pemain yang menjadi sebutan di laman media sosial kerana dipercayai mempunyai kacukan Malaysia, Marcel Kalonda menafikan beliau lahir di Malaysia seperti yang diperkatakan.

Marcel merupakan pemain pertahanan berusia 22 tahun dan ketika ini beraksi di Liga Zambia.


Beliau mula menjadi perbualan setelah diletakkan sebagai pemain dari Malaysia dalam permainan Football Manager 2020.




Menurut Marcel, beliau dilahirkan di Kolwezi, ibu negara Congo dan bukan di Malaysia seperti yang diperkatakan sebelumnya.

Akan tetapi, Marcel mengesahkan datuk beliau berasal dari Sabah dan beliau pernah berkunjung ke sana ketika kecil.



Mengulas lanjut, Marcel Kalonda menyatakan beliau tidak menolak sebarang kemungkinan dan bersedia sekiranya dipanggil untuk menyertai pasukan negara satu hari nanti.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.