DIIKTIRAF sebaris dengan pemain muda ternama dunia menjadi pemangkin kepada tonggak skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid untuk terus mengekalkan momentum meningkatkan prestasi demi kelab dan negara pada masa depan.
S afawi berkata, pengiktirafan oleh laman sosial bola sepak antarabangsa itu bukannya medium untuk bermegah atau sombong, namun sebagai peringatan supaya terus berusaha mencipta lebih banyak kejayaan.Dia yang kini mengikuti siri jelajah pramusim di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) berkata, tumpuannya ketika ini memastikan tidak hanyut dengan pengiktirafan itu dan kekal fokus terhadap latihan diberikan.
“Pengiktirafan itu agak mengejutkan kerana sebaris dengan pemain terkenal daripada kelab ternama dunia.
“Namun, saya perlu mengingatkan diri supaya tidak sombong. Apapun, pengiktirafan itu turut melonjak nama Malaysia di persada antarabangsa,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, hari ini.
Dia mengulas penyenaraiannya sebagai bintang masa depan atau ‘future wonderkid’ oleh laman sosial bola sepak antarabangsa, Tekkers berdasarkan kriteria dan kebolehan seseorang pemain terutama ketika beraksi bersama kelab serta pasukan kebangsaan.
Turut disenaraikan, penyerang Perancis/ PSG, Kylian Mbappe; pemain tengah Belanda/ Barcelona, Frenkie de Jong; bek kanan England/ Liverpool, Alexander Arnold dan tonggak tengah Amerika Syarikat/ Chelsea, Christian Pulisic.
Selain itu, pemain Indonesia yang berkelana di bumi Poland, Egy Maulana Vikri turut tersenarai di dalam carta terbabit berdasarkan prestasi semasa.
Antara kehebatan Safawi termasuk membantu JDT muncul juara ‘treble’ Liga Malaysia (Liga M) musim lalu, Pemain Paling Bernilai dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan selain membantu Malaysia menduduki tempat kedua Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.
Safawi sebaris Mbappe
Nama penyerang Harimau Malaya, Safawi Rasid terus melonjak selepas disenaraikan sebagai antara 'future wonderkid' dalam arena bola sepak dunia.
Senarai itu dikeluarkan satu laman sosial berkaitan bola sepak, tekkers yang meletakkan Safawi sebagai pemain masa depan Malaysia.
Lebih mengujakan, dia tersenarai bersama bintang Perancis, Kylian Mbappe dan pertahanan muda England yang beraksi bersama Liverpool, Trent Alexander Arnorld.
Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu bagaimanapun enggan menjadikan pengiktirafan itu sebagai medan untuk dia bermegah atau besar kepala.
Sebaliknya, Safawi menyifatkan ia sebagai petanda untuk dia terus meningkatkan prestasi ke tahap lebih tinggi sama ada bersama Harimau Malaya, mahupun JDT.
“Memang pengiktirafan itu agak mengejutkan saya kerana laman sosial berkenaan juga menyenaraikan pemain muda lain yang ada nama di pentas dunia.
"Apa yang saya harapkan ia dapat melonjakkan lagi nama Malaysia di peringkat antarabangsa," katanya semalam.
Prestasi cemerlang Safawi bersama Harimau Malaya serta beraksi bersama JDT di Liga Super dan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dilihat menjadi antara faktor namanya tersenarai dalam carta itu.
Selain Safawi, pemain Indonesia yang berkelana di bumi Poland, Egy Maulana Vikri turut tersenarai di dalam carta terbabit berdasarkan prestasi semasa.