Sabah FA sambar kapten Namibia Petrus Shitembi!

Kickbola.netOM PETRUS gere take lodo....kaki keras mcm kayu belian....opor memang....hahahaha adakah beliau Bakal mengisi slot import ke 5 SABAH FA....semoga kehadiran beliau dlm sesi trial kemarin dpt menarik perhatian barisan jurulatih sabah PETRUS SHITEMBI pemain attacking midfielder kebangsaan negara namibia.
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Sabah FA sambar kapten Namibia Petrus Shitembi!

PEMAIN IMPORT KELIMA SABAH FA!

S abah telah melengkapkan kuota pemain import ke-5 dengan mengikat pemain kebangsaan yang juga kapten Namibia, Petrus Shitembi.


Pemain ini bermain di posisi Attacking Midfielder. Perkara ini telah disahkan oleh agent pemain tersebut, Ruiz and Gomez dalam laman IG sebentar tadi.







R&G #WINTERMARKET❄️⚽️ #MALAYSIA🇲🇾 #OFFICIAL✒️📄✅ 🗣🇪🇸 •Seguimos!El internacional y capitán ©️ de #Namibia🇳🇦 #PetrusShitembi🇳🇦 es ya oficialmente nuevo futbolista de @official_sabah_fa🇲🇾! Muchas gracias al jugador por su confianza y esfuerzo para poder hacerlo posible y mención especial al gran trabajo de nuestros compañeros #Merki🇪🇸 y #AitorMacia🇪🇸. Enhorabuena a todos! Comienza el baile! 🗣🇬🇧 •We continue! The international and captain © of Namibia🇳🇦 #PetrusShitembi🇳🇦 is now officially a new #SabahFA🇲🇾 football player. Many thanks to the player for his confidence and effort to make it possible and special mention to the great work of our teammates #Merki🇪🇸 and #AitorMacia🇪🇸. Congratulations to all! ⚽️🇲🇾✒️📄✅🇳🇦👍🏿 #Dancing_shoes @sport___design
A post shared by ⚽️Ruiz & Gómez⚽️ (@ruizandgomez) on

Ruiz and Gomez juga merupakan agent kepada Hector Ramos, Kiko Insa, Fernando Rodriguez, Thierry Chanta Bin dan Adam Reed.


Petrus Shitembi dijangka akan bersama pasukan Sabah ke Indonesia, minggu ini.

All the best!



Skuad Tambadau berlepas ke Indonesia untuk jalani pra-musim sebagai persiapan Liga Super.


Pengurusan skuad Tambadau Sabah menyenaraikan 24 pemain termasuk seorang calon import dari Namibia, Petrus Shitembi untuk persediaan pra-musim di Surabaya, Indonesia.


Pasukan berlepas ke Indonesia pagi tadi untuk menyertai kejohanan Piala Governor Jawa Timur yang akan dijadikan sebagai medan persiapan Tambadau Sabah menghadapi Liga Super yang bakal berlangsung kurang satu bulan lagi.

Pengurus pasukan Henry Soimpon berkata tinggal satu lagi slot pemain import untuk mengisi kekosongan di bahagian tengah.


Calon untuk posisi ini, Shitembi adalah pemain tengah kebangsaan Namibia dan kesesuaian pemain berusia 27 tahun itu dengan Tambadau akan dinilai di Indonesia.

Shitembi telah menyarung jersi pasukan kebangsaan Namibia sebanyak 60 kali dan menjaringkan empat gol.



Menurut Henry skuad Tambadau terlebih dahulu akan mengadakan perlawanan persahabatan bertemu Persebaya Surabaya pada Sabtu ini sebelum bersaing merebut Piala Gabenor Jawa Timur yang bermula pada 10 Februari.


“Seperti yang telah dikatakan oleh presiden Safa, Datuk Peter Anthony, pasukan tidak meletakkan apa-apa sasaran dalam kejohanan ini kerana apa yang penting adalah mencari keserasian di kalangan pemain,” katanya.

Dalam kejohanan Piala Governor Jawa Timur, skuad Tambadau diundi dalam Kumpulan B bersama pasukan top Indonesia Persija Jakarta serta Arema FC (H) dan Persela Lamongan.

Kumpulan A pula terdiri Madura United (H), Persebaya Surabaya, Persik Kediri dan Bhayangkara FC.

Barisan pemain Skuad Tambadau: Rozaimie Rohim, Dendy Lowa, Evan Wensley Wenceslaus, Jenius Karib, Mafry Balang, Randy Baruh Samson, Rawilson Batuil, Alto Linus, Maxsius Musa, Mohd Azizan Nordin, Ricco Nigel Milus, Sabri Sahar, Ummareng Bacok, Hamran Peter, Mohd Azwan Abd Fattah, Mazlan Yahya, Ariusdius Jais, Mohd Shukri Baharun, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Wan Muhammad Azraie Wan Teh, Rodoljub Paunovic, Park Tae Su, Hector Ramos dan Dennis Buschening..

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.