Kedudukan skuad bola sepak negara melonjak empat anak tangga untuk menghuni kedudukan ke-150 dalam ranking terbaharu yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) semalam.
RANGKING TERBARU SKUAD MALAYSIA158 ⏩ 154
Skuad Harimau Malaya berjaya melonjak 4 anak tangga dari 158 ke 154 dunia.
Keputusan perlawanan Malaysia pada bulan November
Malaysia 🇲🇾 1-0 🇹🇯 Tajikistan
Malaysia 🇲🇾 2-1 🇹🇠Thailand
Malaysia 🇲🇾 2-0 🇲🇨 Indonesia
Tahniah Malaysia 💪🇲
Malaysia 🇲🇾 1-0 🇹🇯 Tajikistan
Malaysia 🇲🇾 2-1 🇹🇠Thailand
Malaysia 🇲🇾 2-0 🇲🇨 Indonesia
Tahniah Malaysia 💪🇲
Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia naik satu anak tangga untuk berada pada kedudukan keenam di belakang Filipina (127), Myanmar (130), Vietnam (143), Thailand (147) serta Singapura (150).
Di peringkat Asia, Malaysia turut naik satu anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-29 daripada 46 negara.
Skuad Harimau Malaya dijangka menentang Filipina dalam aksi persahabatan pada 1 Mac ini di Stadium Majlis Perbandaran Selayang sebelum berdepan Yemen pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), empat hari kemudian.
Sementara itu, naib juara Piala Konfederasi 2013, Sepanyol terus mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,506 mata.- Bernama
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola