Dennis Bekking Dilantik Pengarah AMD Ganti Lim Teong Kim

Kickbola.net Dennis Bekking ganti Teong Kim. BEKAS pengarah Akademi Twente FC, Dennis Bekking.

Bekas Pengarah Akademi FC Twente, Dennis Bekking Dilantik Pengarah AMD Ganti Teong Kim

Teka teki mengenai pemilik kerusi panas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) akhirnya terjawab selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan jawatan berkenaan akan diisi oleh bekas Pengarah Akademi FC Twente, Dennis Bekking.

K
ementerian Belia dan Sukan (KBS) melantik bekas pengarah Akademi Twente FC, Dennis Bekking sebagai Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang baharu.

Perkembangan itu diumumkan Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi satu sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Syed Saddiq berkata, Dennis akan membantu Saad Ichalelene yang kini dilantik sebagai Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) bermula 1 Disember ini.

Katanya, ini adalah salah satu usaha untuk memperkemas lagi struktur NFDP bagi memastikan program terbabit dapat berjalan dengan lebih lancar.

Selain Dennis, beberapa jawatan lain turut dilantik yang menyaksikan Abdifitaah Mohamed Hassan dipilih selaku Ketua Pencarian Bakat dan Methodologi Kejurulatihan sementara Aminuddin Hussain sebagai Ketua Pembangunan Remaja.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan perkara itu sewaktu membuat sidang media di lobi Parlimen pada Isnin.

Dennis Bekking yang berasal dari wilayah Overijssel, Belanda memulakan karier dalam bidang kejurulatihan pada Jun 2009 selaku jurulatih skuad B-12, B-15 dan B19 FC Twente. Kemudian beliau dilantik menjadi Pengarah Akademi kelab itu dan ditugaskan untuk menyelia latihan dan bengkel kejurulatihan bagi membangunkan bakat-bakat muda.

Selepas itu beliau meneruskan kerjayanya ke kelab divisyen ke-2 Belanda, Go Ahead Eagles FC pada 2016 sebagai Pengurus Teknikal dan Pengarah Sukan bagi menguruskan hal teknikal pasukan utama, kedua dan akademi kelab tersebut.

Selain itu, Syed Saddiq turut mengumumkan perlantikan Saad Ichalelene sebagai pengarah Projek Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) berkuat kuasa 1 Disember ini. Saad diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan NFDP dan AMD yang sebelum ini dikendalikan oleh Lim Teong Kim.

“Saad dipilih memandangkan beliau merupakan tulang belakang yang merancang program latihan NFDP di pelbagai peringkat sebelum ini dan telah biasa dengan struktur program tersebut.

“Hubungan baik beliau bersama semua pemegang taruh termasuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga akan menjadi aset berharga buat NFDP.

“Saad akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas program NFDP termasuk AMD apabila dilantik nanti dan sebarang perancangan akan dapat diselaraskan dari peringkat Akademi Tunas sehingga ke peringkat AMD,” katanya lagi.

Bekas Ketua Jurulatih Akademi Paris Saint-Germain (PSG) itu pada awal tahun ini dilantik sebagai Pengarah Teknikal NFDP yang fokus kepada pembangunan bakat di setiap negeri. Sebelum itu beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pencarian Bakat dan Metadologi NFDP dari 2016 sehingga 2018.

Dalam perkembangan lanjut, Syed Saddiq menjelaskan beberapa individu turut dilantik ke beberapa jawatan utama bagi memastikan struktur NFDP dapat diperkemaskan bagi memastikan kelancaran program tersebut pada tahun hadapan.

“Untuk jawatan Pencarian Bakat dan Methodologi Kejurulatihan pula jawatankuasa telah melantik Abdifitaah Mohamed Hassan manakala Aminuddin Hussain dilantik sebagai Ketua Pembangunan Remaja,” katanya.

Bagaimanapun Syed Saddiq enggan menjawab soalan wartawan mengenai kos gaji yang melibatkan semua perlantikan tersebut. Syed Saddiq sebelum ini mendedahkan antara punca kontrak Teong Kim selaku pengarah AMD tidak disambung adalah disebabkan faktor gajinya yang terlalu mahal.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.