Zubir Azmi mula latihan bersama Sabah FA

Kickbola.net Dari Pahang berhijrah ke Sabah. Zubir Azmi bakal diumumkan secara rasmi bersama pasukan Sabah untuk musim hadapan.😎

Zubir mula berlatih dengan Tambadau

Bekas pemain Pahang, Zubir Azmi, mula menyertai sesi latihan skuad Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu, hari ini.

B
ekas pertahanan kebangsaan berusia 28 tahun itu dipercayai sudah bersedia untuk menyarung jersi Tambadau bagi musim depan selepas berita mengenainya tular dalam media sosial sejak minggu lalu.

Bagaimanapun, belum ada pengumuman rasmi dibuat Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) setakat ini, namun ia dijangka dilakukan dalam tempoh terdekat ini.

Salah seorang naib juara Piala AFF Suzuki 2014, Zubir Azmi bakal menyertai Sabah bagi musim 2020.

Ia dilihat sebagai satu kejutan apabila pemain pertahanan berusia 28 tahun itu dilihat sedang menjalani latihan bersama skuad Tambadau di Kota Kinabalu.


Namun, Zubir sendiri mahu terus beraksi di Liga Super, selepas tiga tahun bersama Pahang.

Sabah pula dinobatkan sebagai juara Liga Perdana, sekali gus layak beraksi di Liga Super secara automatik musim depan.


“Saya akan merindui suasana di Stadium Darul Makmur dan sokongan peminat. Saya mahu memenangi lebih banyak piala, kita sudah mencuba tetapi tidak kesampaian. Saya berterima kasih kepada Dollah Salleh yang beri peluang saya menyarung jersi Pahang.

“Saya harap dapat terus beraksi di Liga Super, saya sudah dapat beberapa tawaran dan sedang mempertimbangkannya.” Kata Zubir kepada The Star.


Sepanjang di Pahang, Zubir meraih Piala FA pada 2018 manakala tahun ini Pahang menamatkan saingan Liga Super di tempat kedua dan tewas separuh akhir dalam Piala FA dan Piala Malaysia.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.