Rupanya Dion Johan Cools tak pernah dipanggil FAM, Malaysia abai pemain kacukan!
Siapa yang tidak berbangga memakai jersi Harimau Malaya yang tersemat Jalur Gemilang di dada?
Mungkin itu mendorong bintang bola sepak kacukan - istilah merujuk pemain berdarah campuran Malaysia dan negara lain - yang mencipta nama di luar negara mahu menyumbang bakti kepada pasukan bola sepak tanah air.Susulan foto pemain bola sepak dari Club Brugge berusia 21 tahun bersama bendera Jalur Gemilang dan Belgium, pemain kacukan Malaysia-Belgium Dion Johan Cools didakwa enggan mewakili Harimau Malaya.
Dalam hantaran Instagram, Cools bertanya sejauh mana peminat atau rakyat Malaysia mahu melihat beliau menyarung jersi Malaysia yang dimuat naik di Twitter Harimau Abroad.
Seorang pengguna Twitter memberi komen “kurang enak” melibatkan Cools termasuk mempersoal kewarganegaraannya.
“Kali terakhir saya bersembang dengan ibu beliau, wanita itu mendakwa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tak pernah menghubunginya.
“Jadi hentikan naratif yang menyatakan beliau [Cools] menolak mewakili Malaysia,” kata Lee Seng Foom di Twitter.
“Dia tidak perlu proses naturalisasi. Beliau layak jadi warga negara sebab dilahirkan di Malaysia dan emaknya orang Malaysia,” katanya lagi.
So many knee jerk comments about the possibility of Cools playing for Malaysia.— Lee Seng Foo🦋 (@sengfoo88) November 20, 2019
When I last talked to his mother, she said the FAM had never contacted him. So stop with the narrative that he rejected Malaysia. https://t.co/X7raZDngz6
Bagaimanapun, cakap-cakap dalam kalangan warga maya menunjukkan Cool didakwa enggan mewakili Malaysia kerana beliau mahu memberi tumpuan kepada pasukan Bawah 21 Tahun Belgium.
Pengguna lain pula menempelak sikap mempersalahkan FAM sebaliknya beliau meminta orang ramai mengubah mentaliti menunggu panggilan badan induk bola sepak Malaysia.
“Jangan tunggu FAM hubungi. Proaktif la kalau ada niat nak main untuk Malaysia. Adakah awak fikir anda sudah menjadi bintang besar untuk dihubungi FAM?” katanya.
Antara pemain yang bakal atau mencipta nama di kelab liga tempatan luar negara, dilihat boleh mewakili Harimau Malaya antaranya:
i) Wan Kuzain Wan Kamal (Sporting Kansas City,Amerika Syarikat)
ii) Dominic Tan (Police Tero, Thailand).
ii) Quentin Cheng (Central Coast Mariners, Australia),
iv) Hadi Fayyadh Abdul Razak (Fagiano Okayama, Jepun),
v) Luqman Hakim Shamsuddin ( K.V. Kortrijk, Belgium),
vi) Stuart Wilkin (Missouri State Bears, Amerika Syarikat)
vii) Hannu Tam (Keiser University Seahawks, AS).
Rata-rata pengunjung dan peminat bola sepak negara mengalu-alukan bintang muda yang mencipta nama di luar negara untuk pulang mewakili skuad kebangsaan.
Dion Cools Bakal Sertai Harimau Malaya Untuk Tahun 2020?
Dion Cools ketika beraksi bersama skuad belia Belgium di Euro U21.
Namun baru-baru ini menerusi Instagram Story milik Dions di @djcools21, beliau memuat naik status beserta gambarnya memakai baju Harimau Malaya.
“Berapa kuat anda inginkan ini?”, jelas Dion yang memberi maksud, berapa kuat hati anda untuk inginkan saya bermain bersama Harimau Malaya.
Muat naik status seperti ini di laman instagram bukanlah sesuatu yang ganjil dan Liridon juga sebelum ini pernah melakukan hal yang sama dan beliau disahkan akan menyertai Harimau Malaya pada tahun 2020.
Dari segi undang-undang negara, Dion Cools tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk mewakili negara kerana beliau lahir di Malaysia.
Kemasukan Dion Cools ke skuad senior negara merupakan sesuatu yang amat positif sekiranya ia menjadi kenyataan memandangkan Dion merupakan pemain utama skuad belia Belgium.
Tambahan pula Dion beraksi sebagai pertahanan kanan dan posisi ini sememangnnya memerlukan pemain pertahanan menyerang seperti beliau.
Video Perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (Dion Cools)
Dion Cools masuk sebagai pemain simpanan ketika perlawanan menentang Ajax pada 5 November 2020.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola