Malaysia ke Final Kejohanan Bola Sepak Dunia IBERCUP Bawah 13 Tahun!

Kickbola.net Skuad Bola Sepak B13 Negara Cipta Sejarah Mara Ke Final Ibercup Selepas Kalahkan Sevilla FC
Malaysia ke Final IBERCUP Bawah 13 Tahun!

Penjaga gol Malaysia B13, Sikh Izhan Nazrel menyelamatkan tendangan penalti terakhir Sevilla FC B13, sekaligus membawa Malaysia B13 ke perlawanan akhir untuk bertemu pasukan Sporting Lisbon B13, esok jam 1230 waktu Sepanyol.

Sevilla FC B13 menyelamatkan dua penalti, tetapi dibatalkan pengadil kerana penjaga gol pasukan tersebut keluar dari garisan penjaga gol terlalu awal sebelum tendangan dilakukan.

Perlawanan sepenuh masa tamat dengan jaringan 0-0, namun Malaysia B13 ke final setelah tewaskan Sevilla FC B13 dengan jaringan penalti 7-6.

Skuad Bola Sepak B13 Negara Cipta Sejarah Mara Ke Final Ibercup Selepas Kalahkan Sevilla FC
Skuad bola sepak bawah 13 tahun kebangsaan (B-13) di bawah bimbingan Lim Teong Kim telah mencipta sejarah tersendiri dalam arena bola sepak Malaysia selepas pasukan NFDP Malaysia itu berjaya mara ke final Ibercup selepas menewaskan pasukan Sevilla FC (B-13) .

BACA: Skuad B-13 Negara Belasah Lima Kelab Jerman Termasuk Bayern Munich

Skuada negara memenangi perlawanan tersebut dengan sepakan penalti memihak kepada Malaysia 7-6 selepas terikat 0-0  dalam aksi separuh akhir di Costa del Sol, Sepanyol, awal pagi tadi.

Anak buah Teong Kim tersebut bakal bertemu Sporting Lisbon B-13 pada final, 12.30 waktu tempatan (6.30 waktu Malaysia), hari ini.


Kemenangan tersebut merupakan kemenangan kelima Malaysia berturut-turut dalam kejohanan ini di mana sebelum ini mereka telah mengalahkan pasuakan Atletico Madrid 1-0, SL Olivais (2-0) dan CF 'Os Belenenses' G (1-0) pada peringkat Kumpulan D serta FC Barreirense (5-0) pada peringkat suku akhir.

Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam akaun Twitternya mengucapkan tahniah kepada skuad muda negara ini.

Ternyata menteri belia dan sukan ini sentiasa mengikuti dan memberi semangat kepada skuad anak muda negara ini dari awal. Malaysia Boleh!.



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.