Piala FA 2015: Lion XII juara! tewaskan Kelantan 3-1

Kickbola.net Piala FA: Lion XII muncul juara, tewaskan Kelantan 3-1
Piala FA: Lion XII muncul juara, tewaskan Kelantan 3-1

Pasukan dari Singapura Lion XII muncul juara Piala FA selepas menewaskan pasukan Kelantan pada perlawanan akhir.


Gol pertama pasukan Lions XII dijaringkan oleh Faris Ramli pada minit ke enam perlawanan.

REAKSI pemain Kelantan, Erwin Carillo selepas rakan sepasukan gagal menyumbat gol ke gawang Lions XII dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, Lions XII  berjaya membuka tirai jaringan menerusi Faris Ramli  pada minit ke enam perlawanan.

Meskipun diasak bertubi-tubi oleh pasukan Kelantan, kedudukan kekal dengan Lion XII mendahului 1-0 di separuh masa.

PEMAIN Kelantan, Mohd Badri Radzi (kiri) bersaing dengan pemain Lions XII, Muhd Nazrul Ahmad Nazari pada aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Usaha pasukan The Red Warriors di babak separuh masa kedua berbalas  apabila kembali menghidupkan peluang dengan jaringan penyamaan menerusi Wan Zack Haikal pada minit ke 62 untuk merancakkan lagi aksi kedua-dua pasukan yang beraksi dalam stadium yang sarat dengan penonton.

Lions XII bagaimanapun kembali mendahului Kelantan dengan kedudukan 2-1. Kali ini menerusi jaringan Sahil Suhaimi pada minit ke 81.

Pemain Lions XII Muhd Faris Ramli (kiri) menewaskan penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. - Foto Bernama

Gol ketiga Lion XII kemudiannya menyusul menerusi sepakan penalti oleh Mohd Sahil Suhaimi pada masa kecederaan.

Tidak banyak yang dapat dilakukan pasukan Kelantan, tamat masa penuh perlawanan, Lion XII muncul juara dengan kemenangan 3-1 untuk menjulang Piala FA.

Kali terakhir pertemuan mereka di Liga Super menyaksikan Kelantan menang dengan jaringan 2-0 di Kota Bharu.

Kelantan, yang muncul juara pada 2012 dan 2013, mara ke final menerusi kemenangan agregat 3-2 ke atas juara bertahan Pahang pada separuh akhir.

Lions XII pula melangkah ke final menerusi peraturan gol tempat lawan walaupun terikat 4-4 secara agregat dalam satu lagi aksi separuh akhir, berdepan Terengganu, Sabtu lepas.\.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.