Kenali Sean Gan Giannelli Bintang Muda Wonderkid JDT

Kenali Sean Gan Giannelli Bintang Muda Wonderkid JDT.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Sean Gan Giannelli kembali sertai KL City FC

BEKAS pemain sayap Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Sean Giannelli bakal kembali menyertai skuad Warga Kota bagi memperkuatkan pasukan mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023.

Picture
Sean adalah sebahagian daripada skuad juara Piala Malaysia 2021 telah bersama KL City sejak 2020 sebelum dipinjamkan ke pasukan UiTM FC dalam saingan liga super musim 2021 dan musim lalu menyertai Sri Pahang FC.


Ketika bersama The Hawks, Sean kurang diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama KL City dimana hanya membuat 9 penampilan serta berjaya menjaringkan tiga gol sahaja.

Melakukan sembilan penampilan bersama Tok Gajah dengan meledak satu gol musim lalu, kembalinya pemain yang memulakan kerjaya bola sepak dengan Sekolah Sukan Bukit Jalil (2009-2011) pastinya mampu mengisi kekosongan ditinggalkan Hadin Azman yang menyertai Penang FC.


Pernah beraksi bersama Johor Darul Ta’zim II (2016-2019) pemain yang lahir pada 31 Oktober 1996 lebih banyak memanaskan bangku simpanan berbanding aksi di atas padang.

Biodata Sean Gan Giannelli Bintang Muda Baharu

Pemain muda berdarah kacukan Malaysia - Itali, Sean Gan Giannelli beraksi bersama JDT IV dalam perlawanan persahabatan menentang JMF FC dan menjaringkan gol pertama untuk menang 2-1.

Pemain tengah Kuala Lumpur City (KL City), Sean Gan Giannelli berharap ada sinar baharu untuknya mendapat lebih minit permainan selepas dipinjamkan ke UiTM sehingga tamat saingan Liga Super musim 2021.


Bekas pemain Johor Darul Ta’zim II (JDT II) ini hanya beberapa kali sahaja diturunkan sebagai pemain gantian dan paling lama beraksi hanya untuk 22 minit baki perlawanan sahaja pada pertembungan dengan UiTM FC, 8 Mei 2019.

Kickbola.net Sean harap ada ‘cahaya’ di UiTM
Mengakui persaingan yang cukup sengit untuknya mendapat tempat dalam pasukan Kuala Lumpur, Sean merasakan keputusannya adalah tepat untuk dipinjamkan ke skuad kendalian Frank Bernhardt bagi merebut peluang membuktikan kemampuan di atas padang.

“Saya percaya peluang untuk kerap beraksi lebih cerah sekiranya saya bermain dengan UiTM dan dengan baki saingan liga sekarang ini, saya tidak mahu terlepas peluang ini.

“Saya ada mendapat beberapa tawaran juga daripada pasukan Liga Perdana, tetapi saya merasakan UiTM lebih sesuai untuk saya cuba pada musim ini.


“Saya rasa UiTM perlukan sesuatu yang lebih segar dan baharu untuk mereka memulakan kembali baki perlawanan selepas ini, dan saya percaya dengan kehadiran saya, penjaga gol, Zamir Selamat dan juga import baharu mereka dapat menyumbang sesuatu,” kata pemain berusia 25 tahun itu.

Ini merupakan musim kedua Sean bersama Kuala Lumpur sebelum dipinjamkan ke UiTM di mana kontraknya akan berakhir pada penghujung musim ini.

Bekas Pemain JDT II, Sean Gan Mahu Tebus Kekecewaan Musim Lalu

Kickbola.netPemain tengah Kuala Lumpur United FC, Sean Gan Gianneli berharap tidak lagi dibelenggu sebarang kecederaan yang mampu merencatkan prestasinya pada tahun ini selepas berdepan cabaran yang cukup getir pada musim lalu.
Musim pertamanya bersama Kuala Lumpur pada tahun lalu tidak berjalan dengan sempurna apabila mengalami kecederaan buku lali pada pra musim sekali gus mengetepikan peluangnya untuk berada dalam skuad utama dan hanya sempat beraksi bagi satu perlawanan sahaja.


Nyata ia satu pengalaman yang memeritkan untuk bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT II) ini kerana tidak berjaya mendapatkan minit permainan yang diinginkan khususnya pada saat Kuala Lumpur beraksi cemerlang layak ke saingan Liga Super musim ini.

Namun, Sean berazam ingin menebus kembali kekecewaan pada tahun lalu untuk berusaha kembali ke tahap optimum bagi memastikan tempat dalam kesebelasan utama selain ingin membantu pasukan terus kekal dalam saingan Liga Super.

“Saya bersyukur dan gembira apabila masih diberi peluang bersama pasukan ini buat tahun kedua dan paling teruja apabila ini akan menjadi pengalaman baharu untuk saya beraksi dalam Liga Super buat kali pertama.

“Memang tahun lepas adalah musim yang cukup mencabar disebabkan kecederaan buku lali dan saya langsung tidak dapat merasai minit permainan yang mana lebih teruk, liga juga hanya berjalan separuh musim.


“Jadi, saya tidak akan sia-siakan peluang yang diberikan ini dan fokus utama saya adalah untuk memastikan bebas daripada kecederaan sepanjang musim ini kerana enggan terus diketepikan buat kali kedua,” jelasnya.

Kickbola.net Sean ketika beraksi bersama JDT III pada tahun 2018
Lima musim (2016–2019) bersama Harimau Selatan sebelum ini nyata memberi pengalaman berbeza buat pemain berusia 25 tahun ini dalam membina kariernya dan mahu mencipta lebih banyak kejayaan bersama skuad the City Boys.

Tambahnya, JDT II sentiasa mengajar pemain-pemainnya agar mempunyai mentaliti juara dalam setiap perlawanan dan kini dia akan memastikan mentaliti sebegitu sentiasa ada dalam diri untuk membantu Kuala Lumpur mengejar misi musim ini.


“Sememangnya satu pengalaman yang cukup berharga ketika saya bersama JDT II sebelum saya berhijrah ke Kuala Lumpur dan setiap apa yang dipelajari akan saya gunakan sebaiknya kali ini.

“Baik JDT dan Kuala Lumpur, kedua-duanya sentiasa mementingkan setiap perlawanan harus berakhir dengan kemenangan dan ianya sangat bagus untuk saya sentiasa ada mentaliti sebegitu dalam setiap aksi.

“Cuma suasananya mungkin akan lebih berbeza kerana situasi kali ini agak suram dengan pandemik COVID-19 yang melanda dan harap kami semua dapat sama-sama harunginya dengan kuat pada musim ini”, katanya.
Pemain ini pernah disenaraikan oleh Portal Sukan, Goal.com sebagai antara Top 20 Southeast Asian Rising Stars.

Malaysia juga mempunyai seorang lagi bakat muda QPR yang kini bersama Kelantan iaitu Ash Hameed.

SENJATA BARU JDT IV (PIALA PRESIDEN)

Nama : Sean Gan Giannelli
Umur : 18 tahun
Posisi : Penyerang
Kelahiran : Kuala Lumpur
Asal bapa : Itali
Asal ibu : Negeri Sembilan


Memulakan perjalanan karier bola sepak seawal usia 12 tahun dan setahun kemudiannya menyertai Sekolah Sukan Bukit Jalil dan bermain untuk Piala Presiden (SSBJ) pada tahun 2011.

Beliau pernah bermain untuk Atletico Arrezo, sebuah kelab bola sepak di Itali ketika berusia 15 tahun tetapi kemudiannya kembali ke Malaysia pada usia 17 tahun untuk bermain di ATM (Piala Belia).

Kini beliau memilih untuk bersama pasukan JDT IV untuk mengharungi cabaran dalam Piala Presiden musim 2015.

Picture
Malaysia rising star Sean Gan Giannelli

Name: Sean Gan Giannelli
Age: 18 years old
Position: Forward
Place of birth: Kuala Lumpur
Father’s place of birth: Italy
Mother’s place of birth: Negeri Sembilan
Began his football career as early as 12 years old and joined the Bukit Jalil Sports School a year later, which he went on to represent at the President’s Cup in 2011.

He previously played for Atletico Arrezo, a football club based in Italy when he was 15 years old before returning to Malaysia two years later to play for ATM’s youth team.

In 2015, He has chosen to play for JDT IV to challenge for the 2015 President’s Cup.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.