Dua gol awal yang dibatalkan tidak mematahkan Mexico untuk julung kalinya menewaskan pencabar dari Afrika, Cameroon di pentas Piala Dunia.
Gol Oribe Peralta pada minit ke-61 sudah cukup buat anak buah Miguel Herrera menghelakan nafas lega sunggupun dua gol Giovanni Dos Santos pada separuh pertama tidak dikira kerana didakwa ofsaid.El Tri memulakan perlawanan dengan tempo pantas yang sudah sebati dengan corak permainan mereka. Namun selepas beberapa ketika barulah Cameroon mula mengimbangi bahagian tengah tetapi itu belum cukup memadai.
Samuel Eto'o dan rakan-rakan mendapati sukar untuk melepasi benteng pihak lawan dalam perlawanan yang berlangsung dalam hujan itu.
Beberapa pertukaran terpaksa dilakukan oleh kedua pasukan di separuh masa kedua. Mexico cuba mempertahankan kelebihan mereka dengan mula mengendurkan asakan mereka.
Cameroon memperolehi setidak-tidaknya mencipta peluang untuk menjaringkan gol penyamaan tetapi penjaga gol, Guillermo Ochoa beraksi cemerlang.
Ledakan Peralta bantu Mexico benam Cameroon
Kumpulan A : Mexico 1 Cameroon 0
NATAL: Mexico mengatasi saat duka dua gol awal tidak dibenarkan pada awal babak permainan untuk menewaskan Cameroon 1-0 dengan jaringan babak kedua daripada Oribe Peralta untuk menyertai Brazil berada di kedudukan teratas Kumpulan A Piala Dunia dengan mengutip tiga mata berharga.Jelas hujan lebat di Stadium das Dunas di sini tidak menghalang Mexico dan Cameroon daripada menyajikan permainan menarik dalam aksi kedua Kumpulan A yang penuh dengan serangan dan daya kreativiti tinggi.
Begitupun, tiada jaringan berjaya diledakkan pada babak pertama sekalipun rentetan cubaan merbahaya dilancarkan kedua-dua pasukan.
Peluang terbaik Mexico untuk mendahului hadir pada minit ke-29 apabila Giovani dos Santos menanduk masuk bola hasil sepakan sudut namun jaringan itu dibatalkan pengadil, Wilmar Roldan dari Colombia. - AFP