Pemain pertahanan penuh berusia 31 tahun itu akan berpindah dari Arsenal sepenuhnya selepas Piala Dunia di Brazil, di mana kini beliau bermain untuk skuad Perancis.
Sagna merupakan pemain pertahanan kaya dengan pengalaman dengan mewakili Arsenal sebanyak 213 kali sejak menyertai kelab tersebut dari Auxerre pada tahun 2007. Sepanjang masa tersebut beliau mewakili negaranya, Perancis sebanyak 41 kali.Perancis berada dalam Kumpulan F di Piala Dunia kali ini bersama-sama dengan Switzerland, Ecuador dan Honduras. Les Bleus kendalian pengurus Didier Deschamps, akan memulakan kempen mereka menentang Honduras pada hari Ahad, 15 Jun (16 Jun 3 pagi waktu Malaysia).
Sagna akan menyertai rakan-rakan sepasukannya buat pertama kali termasuk rakan senegaranya; Samir Nasri dan Gael Clichy, seusai Piala Dunia apabila skuad akan memulakan sesi jelajah di Amerika Syarikat.
Beliau akan memakai jersi bernombor 3, nombor yang sama dipakainya semasa bersama the Gunners.