Juara dunia Sepanyol dibuli pasukan belanda


Kemana hilangnya Tiki-Taka Sepanyol? Juara dunia itu tumbang selepas skuad The Oranje mempamerkan kebangkitan yang menakjubkan untuk menang 5-1.

Kejayaan besar ini sebagai isyarat daripada Belanda bahawa mereka adalah pencabar utama selepas cemerlang dengan rekod kelayakan hampir sempurna dengan sembilan kemenangan dan seri sekali.


Sepanyol mengamalkan rentak penguasaan bola mereka dan akhirnya berada di depan pada minit ke-27 minit menerusi sumbangan Xabi Alonso selepas La Roja dihadiahkan sepakan penalti selepas Stefan De Vrij menjatuhkan Diego Costa.




Seminit sebelum menuju ke bilik persalinan, Robin van Persie yang agak tenggelam melakukan tandukan terbang untuk gol penyamaan.

Costa yang merupakan kelahiran Brazil, mendapat sambutan buruk daripada penyokong dalam sebahagian besar perlawanan dan sama sekali gagal memberi impak selain daripada memenangi penalti untuk pasukannya.



Separuh masa kedua berubah wajah apabila menyaksikan anak buah Louis van Gaal mendominasi permainan.

Usaha keras mereka berhasil apabila Arjen Robben meletakkan pasukannya di hadapan dan Belanda semakin rakus merobek pintu gol lawan yang dikawal Iker Casillas.





De Vrij mejadikan kedudukan 3-1 tetapi itu tidak menyekat kapten Belanda, van Persie untuk menghukum kesilapan Casillas.


Sepanyol dimalukan dan kali ini gawang mereka dibolosi buat kali kelima apabila diperkotak-kotikkan Robben pada minit ke-80.


Walaupun berpeluang menambah gol lagi selepas itu, tetapi kedua-kedua mempersiakan peluang yang terhidang yang menyaksikan Fernando Torres yang masuk sebagai pemain gantian juga gagal menyudahkan peluang terbuka.



FT : Spain 1-5 Netherland

Penyandang kejuaraan, Spain kalah besar kepada lawan yang sama ketika final 4 tahun lalu. Kini Netherland dilihat lebih bersedia untuk membalas dendam walaupun ketinggalan di awal permainan.

Spain bakal berdepan kesukaran kerana bukan sahaja hilang 3 mata, malah bolos dengan jaringan yang amat besar kerana ia amat penting di peringkat kumpulan.

4 tahun lalu, Spain turut kalah mengejut pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 apabila tewas 0-1 kepada pasukan bukan pilihan, Switzerland.

Namun, mereka kembali bangkit pada perlawanan seterusnya hingga berjaya menjulang trofi Piala Dunia buat kali pertama.

Skrip yang sama dilalui skuad La Roja pada edisi kali ini, tewas mengejut pada perlawanan pembukaan namun dengan jumlah bolos yang amat besar. Spain perlu menang dengan 2 lawan seterusnya iaitu Chile & Australia utk menghidupkan peluang mempertahankan kejuaraan. Netherland kini menjadi calon utama utk menjuarai Kumpulan B.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.