Didier Deschamps dan FFF saman girlfriend Nasri.
Didier Deschamps dan FFF saman girlfriend Nasri.
Didier Deschamps, jurulatih Perancis, telah memfailkan saman terhadap Anara Atanes, teman wanita pemain tengah Manchester City Samir Nasri, kerana menghina beliau di Twitter.
Peguam Deschamps 'telah mendedahkan bahawa anak guamnya telah memfailkan aduan undang-undang untuk "penghinaan awam" terhadap Atanes untuk mesej beliau yang melampau selepas Nasri diketetepikan dari skuad Perancis ke Piala Dunia.
Dan ini merupakan satu tindak balas drastik dari Deschamps selaku pengurus Perancis dan FFF terhadap Anara Atanes.
“FFF menyelar kenyataan yang berbaur penghinaan terhadap Didier Deschamps. FFF juga menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap Deschamps dan juga pendekatan beliau dalam pengurusan pasukan Perancis”
Melalui hebahan radio kebangsaan Perancis, RMC melaporkan bahawa Deschamps dan FFF telahpun menfailkan saman sivil terhadap Anara Atanes, teman wanita Samir Nasri.
Bukti semua sudah lengkap. Anara telah membuat permohonana maaf semalam, namun Deschamps berkeras akan mengambil tindakan. Padan muka !!
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola