16 MEI 2014: SABAH MENANG MENENTANG NEGERI SEMBILAN 0-1


LIGA PERDANA 2014 : SABAH MENANG 0-1 WALAUPUN BERMAIN 9 ORANG

Tahniah untuk semua pemain dan pihak pengurusan
Sabah F.A atas kejayaan menundukkan Pasukan Negeri Sembilan di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi yang berlangsung pada malam tadi. Kemenagan pada malam ini adalah di luar jangkaan peminat-peminat pasukan Sabah.

Marwan Saydeh mencipta nama sebagai penjaring pasukan Sabah pada minit ke-64 dengan melakukan satu sepakan voli yang terus menerjah gawang Negeri Sembilan.



Sebelum itu kedua-dua pasukan saling bertukar serangan dengan Sabah lebih banyak mengasak ke kubu pasukan negeri Sembilan. Kedudukan tidak kekal tanpa jaringan sehingga tamat permainan separuh masa pertama.

Bersambung perlawanan di babak kedua Sabah kehilangan seorang pemain apabila pada minit ke-55 Mohd Redzuan dilayangkan kad kuning kedua memaksa Sabah untuk bermain 10 orang.



Selang dua minit kemudian Halim pula dibuang padang selepas mendapat kad kuning kedua.

Marwan terpaksa diberi rawatan sejurus perlawanan tamat.Beliau menunjukkan satu permainan menarik malam ini termasuk menjaringkan gol kemenangan cantik.


Jaringan Marwan kekal sehingga tamat perlawanan walaupun pada minit ke 80, Andre turut menerima nasib serupa Redzuan apabila dibuang padang selepas mendapat kad kuning kedua.

Namun Negeri Sembilan gagal menggunakan kesempatan itu untuk merapatkan kedudukan.

Kesebelasan utama dan simpanan kedua pasukan.


Perlawanan pada malam ini menyaksikan Pengadil Perlawanan, Kamal Ahmad melayangkan 10  kad kuning 6 untuk Sabah dan 4 kepada pasukan tuan rumah dan tiga orang pemain dibuang padang.

Keputusan di tempat lain Kedah 1-0 Felda United SPA Putrajaya 2-1 PBAPP, Pulau Pinang 2-1 Perlis dan PDRM 1-1 UiTM.

Keputusan perlawanan Liga Perdana (16 Mei 2014) dan kedudukan terkini. 

Pemain yang bermain malam tadi turun dengan motivasi yang tinggi untuk mencipta kejayaan selepas kalah dalam beberapa perlawanan termasuk seri  bertemu PDRM.

Sabah berada di kedudukan ketujuh Liga dan akan bermain menetang UITM di stadium Likas pada 23 Mei 2014.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.