Paulo Rangel bakal bermain dengan Harimau Malaya

Datuk Ong Kim Swee Sokong langkah kesediaan Paulo Rangel untuk diserapkan ke pasukan Kebangsaan Malaysia

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Paulo Rangel bakal bermain dengan Harimau Malaya

Datuk Ong Kim Swee menyokong kesediaan Paulo Rangel yang dilihat berminat untuk menukar status kewarganegaraan demi bersama skuad Harimau Malaya.

Bintang skuad Gergasi Merah itu sudah meledak 10 gol dalam 13 penampilan Liga Super musim ini dan ia memberi keyakinan kepada Kim Swee bahawa kemasukan Rangel ke skuad negara boleh menambahkan lagi ketajaman di jentera serangan.

Kim Swee yang juga jurulatih sementara Harimau Malaya, percaya jika pemain Brazil itu berjaya dinaturalisasikan, ia bakal memberikan satu perkembangan cukup baik kepada bola sepak negara.

"Apa yang pasti saya mengalu-alukan sekiranya kedatangan Rangel jika dia berminat untuk beraksi bersama skuad negara.

Menerusi laman sosial Instagram, Rangel berkata: “Selamat tengahari semua. (Saya) sangat gembira dengan laporan (mengaitkan saya dengan Harimau Malaya).

"Sudah tentu ia satu kebanggaan untuk membantu Malaysia selain membuka pintu kepada saya dan keluarga saya untuk memiliki status kewarnegaraan Malaysia. Terima kasih atas sokongan semua."

Bagaimanapun, isu naturalisasi boleh dianggap perkara sensitif dalam kalangan sesetengah pemerhati bola sepak tempatan.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.