Kuala Lumpur: Jawatan Presiden Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) dijangka tidak akan dipertandingkan pada pemilihan penggal 2014-2018 ketika kongres ke-50 badan induk itu, 25 Mei ini.
Sultan Ahmad Shah dijangka pertahan jawatan: Tunku Ismail tidak berminat tanding 25 MeiIni kerana biarpun Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendapat pencalonan, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) itu tidak berminat untuk bertanding jawatan berkenaan kerana ingin menumpukan perhatian kepada pembangunan bola sepak Johor.
Justeru, pastinya jawatan itu akan kekal disandang Sultan Ahmad Shah sekiranya beliau ingin terus menerajui badan induk bola sepak negara itu..