IMAD GHADDAR TIPU PERAK
“TIADA lagi Imad Ghaddar, dia telah menipu rakyat Perak.”
Itu reaksi pengurus skuad Liga Super Perak, Datuk Azhar Ahmad yang nyata kecewa dengan sikap import Lubnan, Imad Ghaddar yang enggan diturunkan pada aksi menentang Selangor, Sabtu lalu.Menurutnya, tindakan Imad itu sangat dikesalinya kerana nama pemain berkenaan telah pun disenaraikan untuk beraksi pada malam berkenaan.
Bagaimanapun katanya, Imad mengadu sakit di bahagian belakangnya dan tidak boleh beraksi pada malam itu hingga menyebabkan pihak pengurusan terpaksa memasukkan pemain gantian bagi menggantikan tempatnya.
“Sebagai pemain profesional dia tidak sewajarnya bertindak sedemikian, kerana berdasarkan pemeriksaan, dia disahkan sihat dan boleh beraksi.
“Oleh itu, mulai sekarang, no more Imad Ghaddar! Dia telah 'menipu' kita dan 'menipu' rakyat Perak. Kita akan bawa perkara ini sehingga ke peringkat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dalam usaha mengelakkan perkara ini berulang pada masa hadapan,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Azhar berkata Perak sedang menguji beberapa lagi pemain import sebelum membuat keputusan muktamad mengenainya dalam masa terdekat.
Katanya, sehingga ke hari ini empat pemain dari Jepun, Nigeria, Montenegro hadir untuk mengikuti ujian pemilihan dan sebarang keputusan mengenainya akan diketahui menjelang aksi pusingan kedua menentang Selangor di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
“Selain itu ada beberapa pemain tempatan seperti R.Surendran, Razali Umar Kandasamy, Aizat Jani dan Famirul Asyraf Sayuti juga akan menyertai latihan kita,” katanya.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Tags