Sarawak FA pasukan pertama perkenal pembelian tiket atas talian

Jualan tiket secara ‘online’ bermula di Sarawak

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Sarawak menjadi negeri pertama yang memperkenalkan sistem pembelian tiket bola sepak atas talian bagi memudahkan penyokong pasukan skuad Bujang Senang membeli tiket sepanjang saingan Liga Malaysia, musim depan.


Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Sudarsono Osman berkata, pihaknya mengambil langkah itu bagi mengelakkan masalah penjualan tiket yang berlaku musim ini yang mencetuskan kekecohan berulang lagi.


“Selepas berbincang dengan beberapa pihak yang berkaitan, akhirnya kami memilih untuk memperkenalkan pembelian tiket secara atas talian dengan kerjasama Mylink Sdn Bhd dan ia akan beroperasi dalam masa terdekat ini.

Kekal jualan tiket

“Bagaimanapun, kami masih mengekalkan penjualan tiket di kaunter bagi penyokong yang sukar mendapat capaian internet. Ini bermakna sebahagian tiket akan dijual menerusi atas talian dan selebihnya melalui jualan kaunter,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Katanya lagi, pembelian tiket perlawanan secara atas talian itu hanya dapat dilakukan untuk perlawanan di gelanggang sendiri sahaja melalui pautan yang boleh dicapai menerusi laman sesawang FAS dan Facebook.

Mengenai harga tiket di Stadium Negeri untuk saingan Liga Malaysia musim depan, Sudarsono, mengumumkan harga baharu itu RM35 untuk tempat duduk utama RM20 (teres berbumbung) dan RM15 (teres terbuka). Tiket bermusim pula dijual pada harga RM1,500 (korporat), RM500 (teres berbumbung) dan RM300 (teres terbuka).

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.