FIFA : Bola sepak hargai inspirasi Mandela

FIFA : Bola sepak hargai inspirasi Mandela

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Arena bola sepak dunia yang berkumpul di Brazil bagi majlis undian kempen Piala Dunia 2014, semalam berkabung di atas kematian bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela.

Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blater menyifatkan pemimpin berusia 95 tahun itu sebagai antara individu terhebat era ini sebaik mendapat berita mengenai kematian pemimpin itu.

“Dia individu yang luar biasa dan mungkin antara seorang manusia terhebat pada era ini. Dia juga adalah kawan baik saya iaitu Nelson Mandela Rolihlahla,” kata Blatter. Turut tidak ketinggalan memberikan penghormatan ialah lagenda bola sepak Brazil, Pele.


Dia adalah wira dan kawan saya. Dia adalah teman saya dalam berjuang untuk keamanan dunia. Marilah kita terus menyambung segala kerja yang dilakukannya” Pele Lagenda bola sepak Brazil

Berehat dengan aman

“Dia adalah wira dan kawan saya. Dia adalah teman saya dalam berjuang untuk keamanan dunia. Marilah kita terus menyambung segala kerja yang dilakukannya, dia adalah orang yang paling mempengaruhi dalam hidup saya,” kata Pele.


Seorang lagi lagenda bola sepak Brazil, Romario menggunakan medium Twitter bagi memberikan penghormatan dengan menulis, “Dalam perjuangan memerangi isu perkauman di Afrika, Mandela memberi kesedaran kepada dunia dengan pengajaran yang sangat berguna”.

Bekas penyerang Brazil, Ronaldo yang membantu pasukan itu menjulang Piala Dunia 2002 menyifatkan kematian Mandela sebagai kehilangan besar selepas dia dipercayai mengubah dunia.

“Anda mengubah dunia, terima dan berehatlah dengan aman,”

Kapten Portugal, Cristiano Ronalda juga turut memberikan tanda penghormatan. “Terima kasih di atas kerja dan contoh yang anda berikan selama ini. Anda akan sentiasa bersama kami,” kata Ronaldo. – AFP

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.