Bola sepak Sukan SEA Myanmar: Malaysia tewaskan Brunei 2-0

Bola sepak Sukan SEA Myanmar: Malaysia tewaskan Brunei 2-0

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Pasukan bola sepak negara sekadar meraih kemenangan 2-0 ke atas Brunei Darussalam pada perlawanan pertama Kumpulan B Sukan SEA 2013 Myanmar di Stadium Zeyar Thiri, di sini, petang tadi.

Skuad Harimau Muda A di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee bermula dengan rentak agresif apabila penyerang Rozaimi Abdul Rahman melakukan percubaan pertama seawal minit keempat.


Bagaimanapun, rentak awal skuad negara itu tidak mengugat skuad Brunei yang berjaya mengikat pergerakan serta saling membalas serangan.

Picture
ROZAIMI Rozaimi Ab Rahman (kanan) menjaringkan gol pertama ketika bertemu Brunei.

Malaysia terpaksa menunggu sehingga ke minit 30 untuk membuka jaringan menerusi sepakan deras Rozaimi yang berjaya menewaskan penjaga gawang Brunei, Abdul Aziz Abdul Rahim.

Tersentak dengan jaringan itu, Brunei, yang dibelasah oleh Vietnam 7-0 sebelum ini, mula memperkemaskan permainan dan mengasak kubu pertahanan negara yang dikawal rapi oleh Shahrul Mohd Saad dan Fadhli Shas.

Usaha pemain Brunei, Ali Rahman Muhammad Azwan mencari gol penyamaan pada minit ke-39 dinafikan oleh penjaga gawang negara, Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Pada babak kedua, skuad negara mula menguasai perlawanan dengan mematahkan beberapa percubaan dari Brunei.

Malaysia memperkukuhkan kedudukan apabila pemain tengah Ashri Chuchu menjaringkan gol kedua pada minit ke-71, hasil rembatan kencang dari luar kotak penalti.

Malaysia akan menentang Laos pada perlawanan berikutnya, Jumaat ini.  

 

Sementara itu, Kim Swee menyifatkan prestasi Brunei itu di luar jangkaan dengan beberapa kali menembusi benteng pertahanan negara.

Beliau berkata anak buahnya gagal memanfaatkan peluang dengan sepenuhnya dan akan cuba mengatasi beberapa kelemahan sebelum menghadapi Laos.

"Kemenangan ini adalah satu permulaan yang baik," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee sekadar memperoleh jaringan gol menerusi Rozaimi Abdul Rahman pada minit ke-30 dan Ashri Chuchu pada minit ke-70.

Ini adalah perlawanan pertama Malaysia dan kedua Brunei yang dibelasah Vietnam 7-0, semalam.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.