Luciano Figueroa tidak sabar bantu JDT

Figueroa tidak sabar bantu JDT Ketua jurulatih JDT, Cesar Ferrando Jiminez (kiri) mengalu-alukan kedatangan Figueroa, semalam.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Ada misi yang akan dilaksanakan oleh penyerang import baru Johor Darul Ta'zim (JDT), Luciano Figueroa yang sah beraksi untuk skuad Harimau Selatan pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim depan dan pastinya terarah untuk memburu kejuaraan sama ada Piala FA atau Piala Liga Super.

Bekas penyerang Argentina itu yang hadir pada sidang media, semalam yang turut dihadiri Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu memastikan skuad Harimau Selatan layak ke saingan Piala AFC 2015 yang menjadi sasaran utama skuad itu.

Sudah buat kajian


“Saya diberitahu oleh pengurusan PBNJ misi utama JDT dan meletakkan sasaran terhadap diri saya untuk layak ke Piala AFC. Malah saya juga tidak menghadapi masalah berkenaan kecederaan lutut yang dialami tujuh tahun lalu dan saya akui sudah cergas sepenuhnya.

“Saya tidak sabar untuk beraksi bersama bekas rakan sepasukan, Pablo Aimar ketika beraksi dengan Argentina pada saingan Piala Konfederasi musim 2005.

Sebelum saya menyertai JDT saya sudah melakukan kajian dan melihat rakaman video aksi pasukan itu malah tertarik dengan cara pengurusan pasukan ini,” kata Figueroa yang mengikat kontrak selama dua musim bersama skuad Harimau Selatan.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.