Villa perlu ambil pemain baru - Taylor

Martin O’Neill perlu membawa masuk pemain baru jika dia mahu membawa Aston Villa ke peringkat yang lebih tinggi, kata bekas pengurus kelab itu, Graham Taylor.







Nuffnang Ads





Taylor membuat kesimpulan bahawa pasukan Villa ketika ini tidak cukup kuat untuk memberi cabaran getir buat empat pasukan teratas dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu dan tersungkur selepas bermula penuh cemerlang.

“Saya selalu katakan yang anda menilai seseorang pengurus selepas tiga tahun. Itu secara minimum. Martin kini berada di tahun keempat di Villa dan kini kita perlu menilai pasukan dan skuadnya,” kata Taylor.

“Selepas membimbing pasukan selama tiga tahun, anda pasti akan dinilai menerusi pengambilan pemain jadi saya fikir musim panas kali ini amat penting buat Martin untuk menentukan pemain manakah yang mahu dibawa masuk ke kelab itu.

“Apabila saya melihat Villa beraksi dan Martin menurunkan semua pasukan utamanya, maka ketika itu pasukannya begitu hebat.


“Apabila dia tidak memiliki semua kesebelasan utamanya akibat kecederaan, penggantungan atau apa saja, skuad ini tidak cukup kuat. Itu pandangan saya.

“Dia hanya menurunkan 23 pemain musim ini. Jika dia mahu berada dalam kelompok empat pasukan teratas musim depan, dia perlu beroperasi dengan sekurang-kurangnya lima pemain lagi.

“Saya tidak menggemari penggiliran tetapi terdapat banyak permainan, banyak berjalan, keletihan, kepantasan perlawanan dan sebagainya. Jika Villa ingin berada dalam kelompok empat pasukan teratas, mereka memerlukan 28 pemain,” katanya.



Your Ad Here

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.