John Terry mendesak Roman Abramovich supaya berbelanja £75 juta (RM435 juta) untuk membeli pemain bintang yang mampu menjulang kembali Chelsea selaku kuasa utama dalam Liga Perdana Inggeris.
TERRY (empat dari kiri) bersama rakan sepasukan England mendengar arahan pengurus, Fabio Capello pada sesi latihan di London Colney, kelmarin menjelang saingan kelayakan Piala Dunia menentang Kazakhstan Sabtu ini.
Dalam temubual selepas Terry menjulang Piala FA di Wembley, kapten Chelsea itu berkata mereka harus mendapatkan bintang Perancis, Franck Ribery dan penggempur berbisa Sepanyol, David Villa selain turut mendakwa Carlo Ancelotti perlu mengikis ‘amalan buruk’ di Stamford Bridge apabila tiba selepas meninggalkan AC Milan, kelmarin.
“Ada perbincangan mengenai Ribery dan Villa dan apabila pemain ternama seperti itu datang, kami perlu buktikan kepada umum bahawa Chelsea sudah kembali. Kami mahu tunjuk bahawa kami akan bersaing dengan diperkuat pemain terbaik.
“Kami mahu pemain seperti Ribery dan Villa dan jika mendapatnya, kami mampu cuba untuk gelaran Liga Perdana lagi. Pada masa sama, kami perlu kekalkan pemain seperti Didier Drogba, Ashley Cole dan Joe Cole, yang akan memulakan perbincangan kontrak.
“Harap-harap perkara buruk di kelab ini akan berubah. Pemain seperti Ashley, Didier dan Frank Lampard jelas menakjubkan tahun ini.”
Terry menjulang piala pertama Chelsea sejak kemenangan final Piala FA 2007 ke atas Manchester United selepas menang 2-1 mengatasi Everton di Wembley, Sabtu lalu, tetapi mendakwa kelab itu juga sudah diganggu beberapa ‘amalan buruk’.
Di sebalik transformasi ciptaan Guus Hiddink sebagai pengurus sementara, Terry berkata, dia akan mengubah budaya kelab itu jika dia ada lebih pengaruh terhadap pemiliknya.