Presiden Badan Pentadbiran Bola Sepak Dunia (FIFA), Joseph Blatter mengumumkan 12 bandar yang akan menjadi lokasi Piala Dunia 2014 di Brazil.
Pengumuman itu dibuat setelah dua hari mesyuarat lembaga pengarah FIFA berlangsung di Caribbean.
Lima bandar utama terpilih sebagai lokasi iaitu, ibu negara Brasilia (Mane Garrincha stadium), Rio de Janeiro (Maracana), Sao Paulo (Morumbi), Belo Horizonte (Mineirao) dan Porto Alegre (Beira-Rio)
Tiga lagi turut dipilih iaitu Natal (Estrela dos Reis Magos), Recife-Olinda (Arena Recife-Olinda) dan Salvador (Arena da Bahia).
Dalam persaingan untuk mewakili Amazon yang merangkumi keluasan 43 peratus Brazil, Manaus (Vivaldao) telah mengalahkan Belem.
Lokasi-lokasi lain adalah Curitiba (Arena da Baixada), Cuiaba (Verdao) dan Fortaleza (Castelao).
''Tiada bandar yang menang mahupun kalah di Brazil,''kata Presiden Persekutuan Bola Sepak Brazil, Ricardo Terra Teixeira.