Sukar untuk ulangi treble: Messi


Musim 2008-09 akan kekal terpahat dalam ingatan penyokong Barcelona selepas Pep Guardiola mengemudi kelab itu melakar pencapaian unik menggondol gelaran liga, Piala Raja dan Liga Juara-juara Eropah dalam musim sulungnya.






Barcelona kemarau sejak dua tahun sebelumnya tetapi menyapu bersih semuanya untuk meraih treble bersejarah yang tiada pasukan Sepanyol � tidak juga barisan hebat Real Madrid � pernah mampu melakukannya.

Dengan wira Sepanyol pada Euro 2008 � Xavi dan Andres Iniesta � mengumpan kepada trio penggempur dianggotai Lionel Messi, Samuel Eto'o serta Thierry Henry, Barcelona menghancurkan tentangan pasukan tempatan dengan gaya aksi hebat yang mengimbau kehebatan era 'Barisan Impian' Johan Cruyff.

Setiap barisan Barcelona sejak itu diukur berdasarkan skuad hebat Cruyff, dikepalai Guardiola, yang menang empat gelaran liga berturut-turut di antara 1991 hingga 1994 selain memenangi Piala Eropah 1992.

Namun Guardiola melakar sejarahnya sendiri apabila mengemudi Barcelona meraih treble, dengan sepanjang laluan gemilang itu mengecewakan Real Madrid serta Manchester United.

"Kami sudah buktikan bahawa kami adalah yang terbaik," kata Messi. "Saya juga amat gembira kerana semua orang menikmati corak aksi kami, sama ada mereka penyokong Barcelona ataupun tidak.

"Di seluruh pelusuk dunia, saya dengar orang berkata mereka terpukau dengan kami. Ini adalah jenis aksi bola sepak yang wajar diperakui dengan gelaran.

"Saya rasa adalah sesuatu yang sukar untuk pencapaian sebegini diulangi."

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.