Peter Crouch memberitahu jurulatih England, Fabio Capello bahawa dia adalah pemain paling sesuai untuk membantu England layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010.
CROUCH sedia beraksi pada perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Kazakhstan dan Andorra.
Crouch diturunkan pada perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Ukraine di Wembley dua bulan lalu dan dia berjaya menyumbang gol pertama England ketika kemenangan 2-1 itu.
Seandainya kemenangan dapat dicipta ke atas Kazakhstan Sabtu ini dan juga ke atas Andorra, 10 Jun depan, England sudah pasti menjamin tempat ke pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan tahun depan.
Rekod 15 gol dalam 33 penampilan Crouch sejak empat tahun lalu menjadi bukti bahawa kata-katanya itu perlu didengar oleh Capello.
"Amat penting bagi saya untuk menjaringkan gol pada perlawanan dengan Ukraine.
"Jika semua penyerang cergas, saya mungkin tidak akan bermain tetapi apabila diturunkan, saya akan melaksanakan tugas dengan baik.
"Saya rasa saya perlu buktikan kemampuan saya lebih daripada pemain lain. Kemudian kamu kena buktikan pada diri sendiri dalam setiap perlawanan bersama England. Malah, kapten, John Terry turut melakukannya." kata Crouch.
Bekas penyerang Liverpool itu menambah: "Saya tidak dapat banyak peluang daripada jurulatih selepas perlawanan dengan Ukraine.
"Dia meletakkan harapan yang besar ke atas kami untuk turun dan beraksi dengan baik. Apabila prestasi kami tidak bagus, dia pasti akan menegurnya."