Alonso ke Madrid, Heinze ke Liverpool

Xabi Alonso sudah bersetuju dengan perpindahan berharga £22 juta (RM128 juta) ke Real Madrid dalam perjanjian yang menyaksikan Gabriel Heinze berpindah ke Liverpool, menurut laporan media Sepanyol.







Nuffnang Ads




Benitez, Perez setuju pertukaran babit RM128 juta

Lupakan Cristiano Ronaldo, Kaka atau pun Franck Ribery kerana Alonso akan jadi 'galactico' pertama dalam tempoh kedua Florentino Perez selaku presiden Real, menurut akhbar sukan Sepanyol, Sport.

Perez, menang pemilihan selepas lawan lain gagal mengemukakan jaminan wang yang diperlukan, tampak hanya akan membeli seorang daripada tiga nama besar yang dikaitkan dengan kelabnya - Ronaldo, Kaka ataupun Ribery.

Tetapi dia dilaporkan sudah mencapai persetujuan dengan Alonso. Akhbar itu berkata bintang Liverpool berkenaan sudah mencapai persetujuan awal beberapa minggu lalu dan kelab berkenaan menerima tawaran berkenaan, Jumaat lalu.

Namun, beberapa perkara sampingan perlu diselesaikan. Bekas pertahanan Manchester United, Heinze, mungkin dijadikan pertukaran kerana pengurus Liverpool, Rafael Benitez memang peminat pemain antarabangsa Argentina itu.

Benitez juga difahamkan berminat dengan penyerang, Alvaro Negredo. Real menjual pemain berusia 23 tahun itu kepada Almeria tetapi memegang hak pembelian semula dan Liverpool mahukannya jadi sebahagian perjanjian untuk Alonso.

Namun, tanda harga £13 juta (RM75 juta) terlalu tinggi buat Liverpool - yang mahu menggunakan wang itu untuk cuba memikat pemain tengah Aston Villa, Gareth Barry.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.