Saya seorang yang setia - David Moyes

Moyes, bekas pemain pertahanan Celtic, dikaitkan dengan perpindahan menyertai kelab Sepanyol itu selepas Gordon Strachan meletak jawatan, minggu lalu.







Nuffnang Ads





Pengurus Everton, David Moyes menegaskan dia tidak akan meninggalkan Goodison Park untuk mengendalikan Celtic.

Laporan menyebut Moyes akan menimbangkan tawaran daripada Parkhead kerana dia tahu betapa sukarnya untuk membawa Everton sebagai pasukan menjulang piala kejuaraan ketika perlu berdepan kuasa kewangan dimiliki oleh Manchester United, Liverpool, Arsenal dan Chelsea.

Di Scotland, hanya Rangers mampu bersaing dengan Celtic tetapi keadaan itu kelihatan seperti tidak mencukupi untuk menarik Moyes kembali ke Scotland.

“Terdapat terlalu banyak permintaan daripada Celtic tetapi ia tidak menarik minat saya,” kata Moyes, membawa Everton ke ke final yang menyaksikan pasukannya tunduk kepada Chelsea pada final Piala FA, minggu lalu.

“Saya tidak tertarik dengan sebarang langkah dilakukan. Pada ketika ini, saya pengurus Everton. Saya seorang yang setia.

“Saya bercita-cita tinggi. Saya akan memastikan pengerusi terus kekal bercita-cita tinggi dan kelab terus kekal bercita-cita. Kami tidak boleh berhenti.

“Selepas ini, saya bercuti dan kemudian cuba membawa masuk satu atau dua pemain baru.”



Your Ad Here

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.