Matador turun skuad Euro

Sepanyol akan beraksi pada Piala Konfederasi, bulan ini dengan menurunkan skuad hampir sama seperti mana ketika mereka menjuarai Kejuaraan Eropah, musim panas tahun lalu.





Nuffnang Ads




Jurulatih Vicente del Bosque menyenaraikan 17 daripada 23 pemain yang diturunkan pada Euro 2008, semalam dengan majoritinya adalah kesebelasan utama. Pemain tengah Villareal, Marcos Siena yang mengalami kecederaan adalah satu-satunya pemain yang diketepikan.

Del Bosque turut menyenaraikan pemain Barcelona yang dibelenggu kecederaan, Andres Iniesta dan Gerard Pique walaupun juara Liga Sepanyol mengatakan dua pemain itu belum pasti dapat menyertai kejohanan lapan negara di Afrika Selatan.

“Kami mendengar pandangan semua pihak termasuk kelab, jurulatih dan pemain tapi kami juga memiliki kemampuan kakitangan perubatan yang akan memutuskan pasukan yang sentiasa menjaga kesihatan pemain, selalu mengambil berat tentang pemain,” kata Del Bosque.



Barcelona yang masih meraikan kejayaan Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu menampilkan lima pemain terbaik daripada 23 dengan pemain terbaik Euro 2008, Xavi Hernandez, pemain tengah, Sergio Busquets dan pemain pertahanan, Carles Puyol disenaraikan dalam skuad itu.

Del Bosque turut menyenaraikan penyerang utama, David Villa dan Fernando Torres serta penjaga gol Real Madrid, Iker Casillas.

Selain itu, pemain tengah Villarreal, Santi Cazorla, yang beraksi buat pertama kali kira-kira dua bulan lalu, disenaraikan selepas pulih daripada patah kaki.

Penyerang Athletic Bilbao, Fernando Llorente, pemain sayap Valencia, Juanma Mata dan pemain Liverpool, Albert Riera yang kerap dipanggil menyertai skuad kebangsaan yang ketandusan gelaran dalam tempoh 44 tahun tanpa sebarang trofi kejuaraan.

Sepanyol tidak pernah tewas sejak November 2006, melebarkan kejayaan kepada 31 perlawanan bakal memulakan aksi pada perlawanan pembukaan menentang New Zealand dalam Kumpulan A pada 14 Jun ini. Sepanyol turut beraksi menentang Iraq dan Afrika Selatan pada peringkat kumpulan.

Perlawanan akhir akan berlangsung di Johannesburg pada 28 Jun ini.


Your Ad Here

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.