Misi Ancelotti pastikan Chelsea julang liga EPL

Ketua pasukan Chelsea, John Terry mengakui tugas pertama Carlo Ancelotti di Stamford Bridge adalah untuk memastikan The Blues menjadi antara pencabar utama Liga Perdana Inggeris.






Nuffnang Ads




Ancelotti menandatangani kontrak tiga tahun bernilai 6.5 juta pound (RM37.1 juta) setahun kelmarin untuk menggantikan Guus Hiddink sebagai pengurus kelab di barat London itu.

Warga Itali itu menjadi sasaran pemilik Chelsea, Roman Abramovich kerana rekod baiknya dalam Liga Juara-Juara Eropah. Ancelotti membawa AC Milan beraksi dalam tiga final, menang dua kali selain memenangi kejuaraan itu dua kali sebagai pemain Milan.

Namun Terry lebih bimbang dengan prestasi Chelsea dalam liga tempatan selepas pasukan itu gagal menempatkan diri dalam kelompok dua pasukan teratas buat kali pertama sejak Abramovich membeli kelab berkenaan pada 2003.

Selepas Guus Hiddink meninggalkan Chelsea dengan kejayaan menjuarai Piala FA, Sabtu lalu, Ancelotti akan mengambil alih pasukan yang kian berkeyakinan untuk menamatkan penguasaan tiga tahun berturut-turut Manchester United sebagai juara liga.


Terry, yang percaya Chelsea harus mampu bersaing merebut piala itu, berharap Ancelotti adalah orang yang dapat membawa kembali piala itu ke Stamford Bridge.

Dalam surat terbukanya kepada penyokong Chelsea, Terry menulis: “Hiddink tiba pada waktu yang sukar ketika segalanya kelihatan akan terlepas daripada genggaman kami. Tetapi dia berjaya membimbing kami menjuarai Piala FA dan hampir menjejak kaki ke final Liga Juara-Juara, yang boleh dikatakan satu kejayaan hebat.

“Sebab itu kedudukan ketiga dalam liga tidak cukup baik untuk Chelsea. Ia adalah penamat paling buruk sejak Abramovich membeli kelab ini dan kami tahu perlu melakukan yang lebih baik.

“Ia adalah hebat untuk memenangi Piala FA tetapi kami mahu lebih daripada itu dan itulah yang perlu ada pada diri kami,” katanya.



Your Ad Here

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.