

“Saya di Atletico ketika ini dan, seperti pernah saya katakan, saya mahu kekal tetapi mahu bersaing mengejar gelaran,” jelas Aguero.
“Diego (Forlan, rakan segandingnya) sudah dua tahun di sini dan saya pula tiga tahun. Kami sudah beraksi dalam Piala UEFA dan juga Liga Juara-juara.
“Kini masanya untuk penguat tambahan tiba dan memberi sumbangan besar kepada pasukan. Kita perlu berfikir untuk menang mana-mana piala. Kami perlu untuk mula mahu mencabar gelaran liga.”
Atletico tidak menang sebarang gelaran utama untuk lebih dua dekad, dengan kejayaan terakhir ialah pada 1996 apabila memenangi gelaran liga dan Piala Raja Sepanyol.