Bintang Liverpool, Diogo Jota Maut Kemalangan Jalan Raya

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Bintang Liverpool, Diogo Jota Maut Kemalangan Jalan Raya di Sepanyol.
( 📸 ©makanbola.com)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

Penyerang Portugal dan Liverpool, Diogo Jota maut dalam satu kemalangan jalan raya tragis bersama adiknya

Pemain sayap Liverpool, Diogo Jota dilaporkan menjadi mangsa nahas kemalangan jalan raya.

Jota yang juga pemain kebangsaan Portugal terlibat dalam kemalangan di lebuh raya A52, berdekatan Palacios de Sanabria, Zamora, lapor media terkenal di Sepanyol, Marca.

Malah, bintang Liverpool berkenaan dilaporkan berada dalam kereta bersama abang beliau, Andre, ketika mana kenderaan yang dinaiki mereka telah terbabas dan terbakar di kawasan sama.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Laporan dari akhbar tempatan melaporkan bahawa abang kepada Diogo Jota turut maut dalam nahas itu. .
( 📸 ©Men In Blazers)


Jota bermain di posisi sayap kiri untuk Liverpool selepas menyertai kelab itu dari Wolves pada tahun 2020 dengan yuran perpindahan sebanyak £41 juta.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Beliau baru sahaja melangsungkan perkahwinan 10 hari lalu dengan pasangan, Rute Cardoso, dan mereka mempunyai 3 orang anak.
( 📸 ©Steven Jai Rania)


Sehingga kini, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dari kelab Liverpool FC.

SOURCE: makanbola.com

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.