George Boateng jurulatih Harimau Malaya

Kickbola.net George Boateng jurulatih Harimau Malaya
George Boateng Bakal jurulatih Harimau Malaya!

Bekas jurulatih Kelantan, George Boateng berminat mahu jadi jurulatih Harimau Malaya. Beliau telah diberikan debut pada 15 tahun lepas, ketika Louis van Gaal menjadi jurulatih Belanda, menentang Denmark di Copenhagen bersama-sama Clarence Seedorf, pasangan kembar Ronald de Boer & Frank de Boer, Jaap Stam dan Edgar Davids.

“Pasukan kebangsaan Malaysia sedang jatuh terduduk akibat dari beberapa keputusan perlawanan sebelum ini dan masanya telah tiba untuk membuat perubahan dengan membawa masuk seorang jurulatih luar yang akan membawa idea baru,” kata Boateng ketika ditemuramah ESPN di Kuala Lumpur.



“Sesetengah orang akan cakap saya tidak memenangi apa-apa ketika menjadi jurulatih tetapi kalaulah pihak pengurusan lebih bersabar kami mampu untunk menjulang Piala FA dan berada di tangga empat teratas liga,” kata Boateng.

“Di Kelantan, saya cuba untuk mendidik para pemain beberapa sistem permainan dan jika pihak lawan bertukar (taktik) kita juga mampu untuk menanganginya, tetapi perkara tersebut kadang-kala membawa kepada kesan negative walaupun pemain sudah mampu membiasakan diri dengan situasi tersebut.”

“Walau bagaimanapun, mereka (para pemain) telah mendapat kemajuan yang besar dari segi pendidikan bolasepak.”

“Saya akan membawa pendekatan sama untuk pasukan kebangsaan dan tidak hanya bergantung kepada 4-4-2 yang senang dipecahkan oleh pasukan lawan.”


Ketika ditanya mengenai van Gaal, Boateng berkata,” Cara saya dan van Gaal berbeza. Saya lebih kepada seorang guru yang tegas tetapi van Gaal ialah guru besar yang meletakkan tekanan kepada pemainnya, dan hanya yang terbaik mampu untuk menghadapinya.”

“Tetapi persamaan di antara kami ialah kami suka untuk membangunkan pemain dan menuai hasil terbaik dari mereka. Kami berdua sependapat bahawa Memphis Depay akan mampu menjaid X-Factor yang hilang di Manchester United."

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.