
Qaseh Rania sah sertai Wolfsburg selepas cemerlang di sesi percubaan 5 minggu tahun lepas
Ketua wakil Wolfsburg Asia Tenggara, Ken Hew berkata, kelab itu akan menyelesaikan urusan permit Qaseh Rania yang menjadi antara halangan utama untuk pemain berusia 14 tahun tersebut beraksi dalam perlawanan kompetitif di Jerman.

"Sekarang terpulang kepada bapa Qaseh Rania untuk hantar dia sebab pasukan bawah 17 tahun memang sedang menunggunya beraksi bersama.
"Mungkin bapanya perlu menyelesaikan beberapa perkara seperti urusan persekolahan sebelum boleh hantar Qaseh Rania," katanya
Sebelum ini, Sukan Sinar melaporkan Qaseh Rania berjaya menambat perhatian kelab Wolfsburf itu dalam sesi percubaan selama lima minggu baru-baru ini.
Ia sekali gus menempa sejarah tersendiri buat negara apatah lagi Qaseh Rania merupakan pemain wanita Asia pertama berjaya diterima masuk ke kelab itu.
Dalam pada itu, Ken turut mengakui kualiti dimiliki Qaseh Rania sememangnya diakui kelab itu dengan pasukan bawah 15 tahun dan bawah 17 tahun Wolfsburg teruja mahu menyambarnya.
"Wolfsburg percaya Qaseh Rania akan mampu menjadi lebih bagus dan sebab itu kelab tersebut memang mahukan dia dalam pasukan," katanya.
SOURCE: RED BULL
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola