'Saya sedih tak dapat bersama pasukan Harimau Malaya' - Faisal Halim
Faisal atau lebih mesra disapa Mickey mengakui sedih mengenangkan tidak dapat bersama Harimau Malaya untuk saingan Pestabola Merdeka kali ini selain Wisma FAM itu menyimpan segala kenangan manisnya bersama pasukan kebangsaan."Sebenarnya saya sedih, sebab saya tak dapat bersama pasukan.📽 Dengarkan komen daripada Faisal Halim ketika beliau hadir menyaksikan sesi latihan pertama skuad Harimau Malaya, petang tadi bagi menghadapi Pestabola Merdeka 2024 dari 4 hingga 8 September ini.
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 29, 2024
Video penuh di https://t.co/ktIPLNjuKk#FAM #HarimauMalaya #PestabolaMerdeka2024 pic.twitter.com/T1NKQ2rBtT
"Saya sudah banyak tahun (bersama Harimau Malaya), inilah tempat saya berjuang untuk pasukan kebangsaan dengan rakan-rakan dan jurulatih. Tapi hari ini saya datang sebagai tetamu melihat rakan berlatih," katanya. "Saya berasa tak lama lagi saya akan kembali, Insya-ALLAH. Saya harap semua dapat doakan dan saya tak sabar untuk kembali.
"Saya datang hari ini selepas Datuk Hamidin Mohd Amin (Presiden FAM) hubungi saya semalam (Rabu) bagi memberikan semangat kepada rakan sepasukan dan saya pun rindu saat ini," katanya.
Sebelum ini, Faisal yang juga pemain Selangor FC terpaksa berehat panjang selepas menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali pada Mei lalu.
SOURCE: SINAR HARIAN Oleh MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola