'Penyerang sasar muka, tapi Faisal sempat elak'

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Faisal Halim selepas menjadi mangsa simbah asid, semalam.
( 📸 ©FOTO tular media sosial. )
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


'Kenapa mereka buat saya begini'

KUALA LUMUR: "Kenapa mereka buat saya begini."

Itu luahan sedih pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim selepas menjadi mangsa simbah asid, semalam.

Perkara itu dikongsikan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin selepas beliau menjadi antara individu terawal melawat Faisal di hospital, malam tadi.

Hamidin yang turut bersimpati dan sedih dengan apa yang menimpa Faisal, memaklumkan pemain berusia 26 tahun itu juga berada dalam keadaan trauma.

"Saya ada cakap dengan Faisal dan isteri dia, lupakan dulu mengenai bola kerana kesihatan lebih penting. Ada benda (percakapan dengan Faisal) saya tak boleh kongsi.

"Namun, dia (Faisal) menangis sambil kata 'kenapa mereka buat saya macam ini'. Dia sedih, saya pun sedih tengok dia. Saya difahamkan doktor tengah tengok asid itu jenis macam mana, takut yang jenis makan dalam.

"Kita harap Faisal mendapat rawatan yang terbaik dan kembali pulih. Dua kejadian membabitkan dua pemain kebangsaan (termasuk Akhyar Rashid), kita sedih dan kesal benda ini terjadi. Semua pemain kena lebih berhati-hati," katanya ketika temu bual bersama BH Sukan di Wisma FAM, hari ini.

Terdahulu, Faisal dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian lengan dan badan selepas diserang individu tidak dikenali menggunakan bahan dipercayai asid ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, petang semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, semalam dilaporkan berkata seorang lelaki ditahan di Pandan Indah bagi membantu siasatan.

Selain itu, Hamidin enggan membuat sebarang spekulasi mengenai punca kejadian yang menimpa Faisal, sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan.

Beliau turut menjelaskan, kecederaan yang dialami Faisal mungkin perlu mengambil masa beberapa bulan untuk pulih, sekali gus bakal terlepas dua baki aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, bulan depan.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
RAKAMAN gambar tersebar di media sosial memaparkan Faisal selepas disimbah asid.
( 📸 ©FOTO tular media sosial.)

'Penyerang sasar muka, tapi Faisal sempat elak'

Kuala Lumpur: "Individu itu memang sasarkan muka Faisal (Halim) tapi dia sempat elak. Kalau kena muka berisiko kena mata dan kemungkinan besar terus tamat karier dia."

Demikian reaksi sumber dalam nada amat sedih dan begitu kecewa selepas apa yang terjadi kepada pemain kebangsaan itu yang menjadi mangsa disimbah asid sehingga mengalami kecederaan agak teruk di sekitar bahagian belakang badannya.

Jelas sumber, apa yang terjadi kepada Faisal atau mesra dipanggil Mickey itu sudah pasti akan memberi kesan amat besar kepada kesihatan mentalnya untuk kembali bangkit daripada espisod hitam itu.

Namun begitu, katanya, keadaan mungkin akan menjadi lebih parah sekiranya simbahan asid yang dilakukan penyerang itu terkena kepada anak Faisal yang masih kecil.

"Individu itu memang sasarkan muka Faisal (Halim) tapi dia sempat elak. Kalau kena muka berisiko kena mata dan kemungkinan besar terus tamat karier dia. Andai terjadi perkara itu, mesti akan lebih menyedihkan Faisal.

"Mungkin Allah mahu lindung keluarga Faisal sebab anak dia tidak berada berdekatan dengan dia (semasa kejadian) dan isteri dia pula terkena sedikit percikan di tangan dan tidak pasti bagaimana status isteri Faisal tu.

"Individu yang menaiki motosikal dengan pakaian tutup muka itu juga sempat ucap 'good luck' sebelum simbah asid lalu pergi melarikan diri," kata sumber itu.

Terdahulu Arena Metro melaporkan bintang Selangor FC dan skuad kebangsaan itu diserang oleh individu tidak dikenali sehingga badannya mengalami luka teruk selepas disimbah asid.

Khamis lalu, seorang lagi pemain kebangsaan, Akhyar Rashid menjadi mangsa samun dan didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompet.

Namun begitu, insiden jenayah terhadap dua pemain kebangsaan yang berlaku dalam jarak masa yang dekat dipercayai tiada hubung kait.

SOURCE: hmetro.com.my

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.