Faisal Halim Kini Kritikal & Kemungkinan Bersara Awal - "Rasa Kulit Macam Terbakar"
Kondisi kesihatan pemain sayap negara, Faisal Halim semakin membimbangkan apabila dikatakan berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swastaMenerusi laporan Harian Metro, keadaan Faisal semakin membimbangkan kesan daripada kelecuran tahap empat.
Manakala, menurut wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, tangan kiri pemain itu tiada tindak balas dan sedang berada dalam pemantauan rapi.
Difahamkan, dia akan menerima ubat khas dari Australia berikutan keadaan semasanya yang cedera pada tangan rusuk, bahu kesan daripada tindak balas asid itu.
Tiada tindak balas tangan belah kiri, Faisal Halim kini dalam pemantauan rapi.
— FinaNasrom (@fnasrom) May 7, 2024
Dengan kecederaan lecur 4th degree pemain kesayangan kita tidak
mampu terima ramai pelawat untuk elak sebarang jangkitan kuman dari berlaku.@ASTROARENA
Faisal dilaporkan berisiko bersara lebih awal
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata kini hanya beliau dan isteri Faisal saja dibenarkan untuk melawat dia di wad."Sedih saya melihat keadaannya ketika ini, kerana dia ada beritahu bahawa terasa sakit seperti terbakar di dalam kulit dan mengerang kesakitan," katanya.
Semoga Faisal cepat sembuh dan bangkit semula lepas ni.
SOURCE: says.com
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola