Kim Swee harap pemain Sabah tak diganggu

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
KIM Swee menyatakan beberapa pemain Sabah FC memiliki baki kontrak sehingga musim 2024.
( 📸 ©sabah.kupikupifm.my)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Jangan ganggu pemain saya – Kim Swee

KOTA KINABALU: Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengingatkan pasukan lain yang berhasrat untuk ‘memancing’ pemain Sang Badak bagi menyertai mereka pada musim depan supaya melakukannya secara profesional.

Kim Swee berkata, beliau tidak mahu anak buahnya diganggu dengan pelbagai tawaran dan berita yang disebarkan melalui media sosial terutama dalam persiapan Sabah FC menghadapi perlawanan akhir Kumpulan H Piala AFC, esok dan Liga Super pada Ahad ini.

Katanya, beliau memahami amalan pancing-memancing pemain adalah perkara lumrah menjelang akhir musim, namun menekankan rata-rata pemain Sabah FC terikat dengan kontrak hingga akhir 2024.

“Apa yang kita baca dalam media sosial atau ura-ura mengenai beberapa pemain (bakal meninggalkan pasukan), biar saya jelaskan di sini. Pertama, beberapa pemain masih ada kontrak bersama Sabah FC hingga hujung 2024.

“Kalau (berita itu) datang dari media sosial, kita jangan percaya. Jika ada pasukan yang berminat dengan pemain Sabah FC, saya minta lakukan secara profesional.

“Kita tahu apabila hujung musim, pancing-memancing biasa berlaku, tapi dengan ada perlawanan penting esok dan perlawanan terakhir liga Ahad nanti, saya tidak ingin pemain saya diganggu. Jadi saya harap semua pihak faham,” katanya pada sidang media perlawanan akhir Kumpulan H, Piala AFC, Sabah FC menentang PSM Makassar, di sini, hari ini.

Kim Swee diminta mengulas mengenai khabar angin beberapa tonggak utama Sabah FC bakal meninggalkan pasukan untuk berhijrah ke kelab lain pada musim depan.

Antara yang dikhabarkan termasuk penyerang baharu Sang Badak, Ramon Machado de Macedo dan Miguel Angel Garrido Cifuentes atau Cifu yang menyartai pasukan sejak Julai lalu.

Sementara itu, Kim Swee berkata selepas selesai dua perlawanan akhir, iaitu esok dan Ahad ini, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) dan dua timbalannya mengenai kedudukan Sabah FC.

“Mereka yang akan menentukan dan saya akan menerima apa saja termasuk berkaitan bajet yang diberi serta apa yang kita harus lakukan pada musim depan.

“Saya percaya mereka juga tahu apa keperluan pasukan Sabah FC demi masa depan bola sepak Sabah,” katanya. – Info X

SOURCE: Sabah.kupikupifm.my

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.