Piala Malaysia 2023 : Perak FC bangkit jinakkan Sang Kenari

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
📸 Aksi pemain Perak, Luka Milunovic (kiri) ketika bertemu Kedah di Stadium Perak, sebentar tadi.
(Foto ©BERNAMA)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Perak 'sekolahkan' Kedah

Juara lapan kali, Perak FC mengejutkan Kedah Darul Aman (KDA) FC 3-1 pada aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia 2023 di Stadium Perak, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad 'The Bos Gaurus' dilihat membawa bekalan agak selesa menuju ke aksi kedua di Stadium Darul Aman, dua minggu lagi.

Belum sempat kedua-dua pasukan 'berpeluh' pada aksi terbabit, pelawat sudahpun mendahului hanya selepas 35 saat perlawanan berlangsung.

Bola daripada sepakan sudut ditanduk masuk Manuel Ott untuk gol pembukaan KDA FC yang terus memberi tekanan kepada Perak FC sejak awal permainan.

Perak FC hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-23 namun percubaan Luciano Guaycochea yang seakan mahu melakukan hantaran lintang singgah di palang KDA FC.

Bagaimanapun, tuan rumah hanya memerlukan tiga minit selepas rehat untuk mengikat kedudukan kepada 1-1 apabila Guaycochea menyempurnakan sepakan penalti.

Perak FC 'menterbalikkan' kedudukan pada minit ke-54 apabila mereka berjaya mendahului perlawanan selepas Luka Milunovic menyudahkan hantaran Firdaus Saiyadi daripada sebelah sayap kiri Perak FC.

Misi KDA FC untuk memburu gol penyamaan bertambah sukar apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Rodney Celvin dilayangkan kad merah kerana menendang kepala Seo Seonung.

Kelebihan seorang pemain dimanfaatkan sepenuhnya Perak FC dan mereka menambah gol ketiga pada minit ke-85 menerusi serangan balas pantas yang disudahkan Muhammad Hakimi Mat Isa.

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.