PENJAGA gol Itali, Gianluigi Buffon (kanan) kecewa selepa tumpas kepada Sweden pada aksi playoff Piala Dunia 2018 di San Siro. - Foto Reuters.
Terima kasih semua! Gianluigi Buffon umum persaraan pada usia 45 tahun
Penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon, telah bersara daripada bola sepak, pemain berusia 45 tahun itu mengumumkannya semalam selepas mengharungi karier selama 28 tahun di mana dia mencapai kejayaan luar biasa bersama kelab dan negara.
"Terima kasih semua! Anda memberikan saya segala-galanya. Saya memberikan anda segala-galanya. Kami melakukannya bersama-sama," kata Buffon dalam satu kenyataan.
That's all folks!
— Gianluigi Buffon (@gianluigibuffon) August 2, 2023
You gave me everything.
I gave you everything.
We did it together. pic.twitter.com/bGvIDsoFsG
Buffon adalah penjaga gol paling banyak beraksi dalam sejarah, telah bermain 176 kali untuk Itali. Dianggap secara meluas sebagai salah seorang penjaga gol terhebat sepanjang zaman, dia menamatkan kariernya di mana dia bermula, di Parma yang berada di divisyen kedua Itali, setelah bergelut dengan kecederaan pada musim terakhirnya. Buffon menyertai Juve dari Parma pada 2001 dan menghabiskan sebahagian besar kariernya bersama kelab itu, kecuali semusim di PSG pada 2018-19, sebelum kembali ke Turin dan kemudian ke Parma pada Jun 2021.
SOURCE: AWANI
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola