Liverpool menang aksi terakhir pramusim
Liverpool berjaya menewaskan Darmstadt dengan jaringan 3-1 dalam perlawanan ujian di Preston, awal pagi Selasa.Liverpool menurunkan kekuatan terbaik dalam perlawanan ini.
Alexis Mac Allister dan Dominik Szoboszlai mengisi bahagian tengah manakala Virgil van Dijk muncul sebagai penghalang di bahagian pertahanan.
Aksi ini merupakan perlawanan ujian terakhir sebelum Liverpool menghadapi musim baharu. Van Dijk dan rakan-rakan akan menentang Chelsea dalam perlawanan pembukaan hujung minggu ini. Liverpool menamatkan kempen pramusim mereka dengan kemenangan 3-1 ke atas kelab Bundesliga, Darmstadt namun ia tidak berakhir dengan satu dua kejutan.
The Reds bermula garang apabila mendahului 2-0 hanya selepas lapan minit.
Pertama Mohamed Salah menyepak masuk sepakan sudut Dominik Szoboszlai sebelum pemain Mesir itu mengumpan kepada Diogo Jota bagi gol kedua selepas merampas bola susulan kesilapan penjaga gol lawan. Namun anak buah Jurgen Klopp terperangkap menerusi serangan balas pantas dua minit kemudian.
Satu hantaran tinggi ke kawasan Liverpool disambut Mathias Honsak, yang tenang menewaskan Alisson bagi mengurangkan defisit. Luis Diaz bagaimanapun mengembalikan kelebihan dua gol Liverpool pada minit ke-59, menguis masuk sepakan sudut Szoboszlai dengan penamat bergaya, membuktikan keupayaan The Reds dan pilihan di bahagian serangan.
Liverpool kini bersiap sedia menghadapi Chelsea bagi aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris, Ahad ini.
Perlawanan itu diadakan di Stadium Deepdale, gelanggang Preston North End disebabkan padang di Anfield sedang diselenggara namun beribu-ribu penyokong Liverpool datang untuk menyaksikan bintang mereka beraksi.
Darmstadt, yang kembali beraksi kali pertama dalam Bundesliga sejak tahun 2017, turut membawa penyokong mereka yang meriuhkan suasana dengan tempikan dan nyanyian mereka. – AGENSI
SOURCE: Berita Harian
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola