Impak Wan Kuzain Terus Membara di Amerika Syarikat

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Pemain bola sepak berdarah Malaysia-Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal terus memberi impak besar kepada pasukannya, St. Louis City 2 dengan membantu mereka membenam Real Monarch 4-0 dalam aksi MLS Next Pro.
( 📸 ©Rio Grande Valley via vocketfc.com )
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk Isu-isu Viral berita bolasepak kemaskini terkini (large-bt)


Wan Kuzain Tampilkan Prestasi Cemerlang Di MLS Next Pro

Pemain berdarah Malaysia, Wan Kuzain menampilkan prestasi cemerlang dalam saingan MLS Next Pro bersama kelabnya, St. Louis City 2 dimana pemain itu membantu pasukannya meraih kemenangan.

Menurut perkongsian Harimau Abroad di laman media sosial X, Kuzain menjaringkan satu gol ketika St Louis menewaskan Real Monarch 4-0 dalam saingan liga baru-baru ini.

Selain membantu St. Louis City 2 meraih tiga mata, Kuzain turut menyumbat gol keempat pasukan itu. Itu menjadikannya gol keempat beliau dalam 10 perlawanan.

Selain itu, pemain tengah berusia 25 tahun ini sudah merekodkan empat bantuan gol dalam saingan MLS Next Pro musim ini.

Kuzain pada awalnya tidak diturunkan dalam kesebelasan utama oleh jurulatih pasukan, Bobby Thomas. Selepas melihat kedudukan St. Louis City 2 sudah selesa di hadapan, beliau dimasukkan pada babak kedua bagi memperkukuh bahagian tengah.

Percaturan Thomas berhasil apabila Kuzain menyumbat gol keempat pada minit ke-89 sekaligus menceriakan para penyokong St. Louis City 2. Video gol tersebut turut dikongsikan oleh akaun X Harimau Abroad.

Selepas ini, Kuzain dan St. Louis City 2 bakal menentang Minnesota United FC 2 dalam aksi MLS Next Pro seterusnya pada 13 Ogos ini.

Wan Kuzain memulakan perlawanan di bangku simpanan dan beliau dimasukkan pada separuh masa kedua oleh pengendali pasukan setelah St Louis selesa berada di hadapan.

Pemain berusia 25 tahun itu menyempurnakan bola muntah pada minit ke-89 dengan melakukan rembatan leret ke tepi gawang pasukan lawan sekaligus menjaringkan gol keempat buat pasukannya.

Gol yang dihasilkan oleh Kuzain menjadi jaringan keempat pemain itu dalam 10 perlawanan terakhir saingan MLS Next Pro, yang mana beliau turut menyumbang empat bantuan gol.

Sebelum ini, bapa kepada Kuzain iaitu Wan Kamal menegaskan pemain itu dan adiknya, Wan Kuzri sedia untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Wan Kuzain.
(📸 © Wan Kamal)
Dalam satu komen di laman media sosial Facebook baru-baru ini, Wan Kamal berkata kedua-dua anaknya kekal beraksi di Amerika Syarikat dan tidak mempunyai masalah untuk menyumbang kepada pasukan negara.

“Semua kena faham seperti sukan lain, bola sepak profesional adalah karier yang perlukan aksi kompetitif. Saya percaya Wan Kuzain dan Wan Kuzri akan kekal bersaing dalam kelab di Amerika Syarikat.

“Namun, jika mereka juga tidak mempunyai masalah jika mendapatkan ruang serta peluang untuk mewakili skuad Harimau malaya pada masa akan datang. Sudah tentu mereka gembira untuk menyumbangkan sesuatu buat pasukan kebangsaan,” katanya.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Wan Kuzain.
(📸 ©Onefootball.my)
Adakah pemain ini perlu dipanggil ?

Dengarnya beliau menunjukkan aksi yang menakjubkan di Amerika Syarikat walaupun bermain bersama pasukan B , St Louis SC.

Berpotensi tetapi sikap bapa beliau membuatkan penyokong di Malaysia kurang senang ! KPG perlu cuba panggil ?

SOURCE: vocketfc.com

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.