Derbi Borneo: Sabah terlalu kuat buat Kuching City

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Seawal minit ke-4 dan 7' permainan, Ramon Machado membuka jaringan pertama dan kedua buat Sabah FC menerusi rembatan deras menewaskan Penjaga gol Kuching City FC, Shaiful Wazizi Mohamad.
(Foto ©Sabah football club )
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Piala Malaysia: Kuching City Longlai Dibedil Sabah FC

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Terjahan pemain Sabah, Gabriel Schmegel ke atas tonggak Kuching City, Jimmy Raymod pada saingan pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Negeri pada Sabtu.
(📷 ©Sinar Harian)
PASUKAN pilihan Sabah FC mengekalkan status Raja Derbi Borneo selepas menewaskan Kuching City 3-0 dalam perlawanan pertama Pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Negeri, Kuching pada Sabtu.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
PEMAIN Kuching City FC, Abu Kamara cuba melepasi dua pemain Sabah FC pada saingan Piala Malaysia di Stadium Negeri hari ini.
(📷 ©BERNAMA)
Sebagai rekod, ini merupakan kemenangan ketiga Liga Malaysia, The Rhinos kendalian Datuk Ong Kim Swee ke atas The Cats musim ini.

Anak buah Kim Swee sebelum ini menang dua perlawanan Liga Super dengan keputusan 2-1 di Kuching pada 6 Mac lalu diikuti 4-3 di Likas pada 8 Julai.

Sabah tidak menunggu lama untuk menguji angkatan The Cats kendalian Aidil Sharin Sahak yang secara rasmi diumumkan sebagai pengendali baharu Kuching City, Rabu lalu.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Penyerang import Sabah FC, Ramon Machado meledak dua gol pantas pada awal perlawanan untuk menewaskan Kuching City 3-0 sebentar tadi.
(📷 ©Malaysian Football League)
Ramon Machado meletakkan pelawat di depan seawal minit keempat sebelum penyerang kelahiran Brazil tersebut menambah gol kedua tiga minit kemudian.

The Rhinos kemudian melebarkan lagi kedudukan apabila Daniel Ting menjadikan kedudukan 3-0 dengan gol pada minit ke-15.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
📸 Aksi perlawanan Piala Malaysia - R16-1.
(📷 ©Malaysian Football League @MFL_MY)
Harapan untuk melihat aksi lebih rancak pada babak kedua tidak kesampaian apabila Sabah dilihat mengendurkan asakan selain Kuching City bergelut untuk memecahkan kebuntuan jaringan.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
KEPUTUSAN MASA PENUH - PM R16-1.
(📷 ©Malaysian Football League)
Tiada tambahan jaringan yang berjaya dilakukan kedua-dua pasukan menyaksikan kedudukan 3-0 memihak skuad Datuk Ong Kim Swee kekal hingga wisel penamat.

Sabah dan Kuching City akan mengharungi aksi timbal balik di Stadium Likas, Kota Kinabalu, 19 Ogos ini.

SOURCE: Sinar Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.