Ong Kim Swee beri tumpuan beberapa aspek sebelum bertemu Sri Pahang

Bertemu Sri Pahang Sabtu ini, pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee pastinya tidak sabar untuk turun meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Kuching City FC .

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



“Anggap Perlawanan Bertemu Sri Pahang Penting” – Ong Kim Swee Yakin Sabah Bakal Kekal Momentum Kemenangan

Kota Kinabalu : Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee mahu memberi tumpuan kepada beberapa aspek bagi memastikan anak buahnya mempunyai kekuatan seimbang sebelum bertemu Sri Pahang pada saingan Liga Super di Stadium Likas Sabtu ini.

Picture

Katanya, pasukan Sri Pahang dilihat merupakan satu pasukan yang cukup baik pada tahun ini lebih-lebih lagi berjaya menewaskan Selangor FC Ahad lalu dengan kemenangan tipis 1-0.

“Ini hari pertama (semalam) kita berlatih selepas kita bermain dengan pasukan Kuching City FC Sabtu lalu dan latihan seperti biasa yang kita lakukan sudah tentu saya ingin lihat dari segi kecergasan pemain dan masalah kecederaan.

“Namun kita akan memberi tumpuan kepada beberapa aspek untuk memastikan kita mempunyai kekuatan seimbang dimana kita tahu pasukan Pahang merupakan satu pasukan yang cukup baik pada tahun ini lebih-lebih lagi menewaskan pasukan Selangor tempoh hari,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Kim Swee turut berkata, prestasi pasukan Sri Pahang juga dilihat konsisten sepanjang saingan Liga Super sama ada di tempat sendiri mahupun di tempat lawan.

“Jika kita lihat antara dua perlawanan sebelum ini iaitu Pahang bertemu Selangor dan Sabah bertemu Kuching City, Kuching City merupakan pasukan yang mampu memberi satu tentangan yang cukup sengit.

“Kita hampir mendapat satu mata namun dengan pasukan Pahang, mereka berbeza dan kini berada dalam kedudukan tangga ketiga. Prestasi mereka juga amat konsisten, baik tempat sendiri mahupun tempat lawan.

“Jadi kita harus berada dalam tahap terbaik untuk memastikan kita tidak kehilangan mata terutama ditempat kita sendiri,” katanya.

Ketika ditanya mengenai pemain yang mengalami kecederaan, Kim Swee berkata, dua pemain import Telmo Castanheira dan Miguel Angel Garrido Cifuentes kini mengalami kecederaan.

“Ya, ada beberapa pemain yang cedera termasuk Telmo dan Cifuentes, namun kita ada beberapa hari lagi sebelum kita bermain dengan pasukan Pahang.

“Saya berharap mereka akan sempat pulih untuk memastikan kita mempunyai pemain yang mencukupi dan seimbang dalam perlawanan akan datang,” katanya.

SOURCE: Sabah Media

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.