Sabah FC Juga Mahu Penjelasan Rizal Ghazali yang kini berada di Kedah

Sabah FC perjelas kedudukan Rizal - Balik kmpg sat melawat apa yang patut dlu..

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



‘Cuma Tahu Dia Pulang Kampung’ – Sabah FC Juga Mahu Penjelasan Rizal Ghazali

Sabah FC hanya tahu Rizal Ghazali balik ke kampung halamannya di Kedah untuk menguruskan hal peribadi berkaitan keluarga, dan turut tidak mempunyai penjelasan lanjut mengapa pemain pertahanan itu menolak untuk menyertai panggilan skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon.

Picture
Perkara itu dinyatakan melalui satu kennyataan rasmi yang dikeluarkan kelab Sabah FC berkaitan isu Rizal Ghazali.

Picture
Aksi pemain Sabah FC, Rizal Ghazali (kanan) ketika menentang PJ City FC minggu lalu. - Foto ihsan FB Sabah FC.

“Sabah FC menyokong penuh dan sentiasa bekerjasama terhadap pasukan kebangsaan dan pemilihannya.

“Dengan itu, pengurusan Sabah FC akan menasihati Rizal Ghazali untuk memberi penjelasan terperinci kepada FAM mengenai ketidakhadirannya,” ujar kenyataan tersebut.


Menurut kenyataan sama, pengurus pasukan Sabah FC, Marzuki Nasir akan berkomunikasi secara terus dengan Rizal untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai situasi pemain itu.

Apa yang dinyatakan oleh kenyataan Sabah FC adalah konsisten dengan muat naik terakhir di akaun Instagram pemain itu sebelum ini.

Kegagalan Rizal menghadirkan diri ke kem latihan skuad kebangsaan mengundang tanda tanya ramai apabila tiada sebarang surat rasmi atau bukti berbentuk hitam putih diberikan untuk menerangkan sebab pengecualiannya daripada mewakili pasukan negara yang sudah pun memulakan latihan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil sejak Isnin lalu.

Picture
Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon (tengah) berbincang dengan penolongnya ketika sesi latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebagai persiapan menghadapi aksi persahabatan di Singapura, minggu depan. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin.

Semalam Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata Rizal boleh dikenakan hukuman berbentuk denda dan boleh digantung daripada menyertai pertandingan domestik atau antarabangsa menerusi peraturan Fifa, di bawah Artikel 1A:Ketidakpatuhan (1) (a) dan (c).


Di bawah peraturan tersebut pemain yang gagal menghadiri panggilan menyertai kem latihan skuad kebangsaan pada kalendar FIFA boleh didenda sebanyak RM25,000 serta digantung daripada menyertai aksi liga tempatan dan antarabangsa.



Turut terpalit adalah kelab yang menaungi pemain tersebut yang turut boleh didenda sebanyak RM100,000 dan bakal dipotong tiga mata dalam saingan liga tempatan selain digantung automatik daripada menyertai pertandingan domestik menurut penjelasan dalam kurungan ‘a’.

SOURCE: semuanyabola.com

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.