Rizal terselamat daripada hukuman FAM

Rizal Ghazali kini berada di Kuala Lumpur untuk menjalani latihan selama seminggu sebelum berangkat ke Melaka minggu hadapan bagi perlawanan ke3 Liga Super menentang Melaka United FC.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



“Hormati Panggilan Skuad Kebangsaan” – FAM Beri Amaran Keras Kepada Rizal Ghazali

KUALA LUMPUR: Tonggak pertahanan Sabah, Mohd Rizal Mohd Ghazali terselamat daripada dikenakan hukuman oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas menolak pelawaan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon menyertai kem latihan pusat, baru-baru ini.

Picture
Aksi pemain Sabah FC, Rizal Ghazali (kanan) ketika menentang PJ City FC, baru-baru ini. - Foto ihsan FB Sabah FC.

Sebaliknya, badan induk itu memberi amaran keras kepada bekas pemain Kedah itu supaya tidak mengulangi tindakannya yang enggan melapor diri ke kem latihan pusat pasukan kebangsaan pada 14 Mac lalu.



Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar dalam kenyataan, hari ini, menjelaskan FAM turut mengingatkan Mohd Rizal untuk tampil melapor diri terlebih dahulu dan mengemukakan sebab kepada pengurusan jika tidak boleh menyertai kem latihan pusat.


Katanya, Mohd Rizal yang diletakkan dalam senarai bersedia pada asalnya dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon bagi menggantikan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Mohd Syahmi Safari yang meminta pengecualian untuk tidak melapor diri ke kem latihan pusat kali ini kerana menyambut kelahiran anak kembar tiganya.

Picture
Rizal Ghazali boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana tidak hadir di latihan berpusat

"Berikutan keengganan Mohd Rizal untuk melapor diri, Pan Gon memanggil seorang lagi pemain dari senarai bersedia iaitu Ahmad Khuzaimi Piee untuk menggantikan tempat Syahmi dan pemain pertahanan Negeri Sembilan FC itu hadir melapor diri pada 14 Mac 2022.

"Susulan itu, surat amaran dikeluarkan oleh FAM kepada Mohd Rizal agar menghormati panggilan skuad kebangsaan jika tidak mahu dikenakan sebarang tindakan dan Mohd Rizal sudah pun menjawab surat tunjuk sebab kepada FAM.

"Sebagai peringatan tambahan, Mohd Rizal diingatkan agar tampil melapor diri terlebih dahulu dan mengemukakan sebab kepada pengurusan pasukan kebangsaan seandainya ada alasan kukuh untuk menarik diri daripada menyahut panggilan kem latihan pada masa akan datang," katanya.


Mohd Rizal sebelum ini dilaporkan menolak pelawaan Pan Gon untuk menyertai kem latihan pusat dengan dia boleh dikenakan hukuman denda dan penggantungan jika tiada alasan kukuh.


Beberapa hari selepas itu, Mohd Rizal membuat satu hantaran di laman media sosialnya dengan berkongsi gambar keadaan seorang lelaki yang dipercayai bapanya sedang terlantar sakit di sebuah hospital dan difahamkan ia menjadi faktor dia terpaksa menolak panggilan skuad kebangsaan.

SOURCE: BH

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.