"Dalam 3 minggu ini saya harap mereka bangkit dan tunjuk lebih keserasian sebelum menentang Melaka nanti." - Ihsan FB Sabah FC
Keserasian dalam kalangan pemain perlu diperbaiki segera
Pengendali Sabah FC mengakui masih ada banyak kelemahan meskipun mencapai kemenangan dalam saingan Piala FA menewaskan Respect FC di Stadium Likas malam tadi.“Dari segi keputusan memang bagus kerana kita layak ke peringkat seterusnya, berkaitan prestasi mereka masih banyak lagi kelemahan perlu diperbaiki.
Pemain Sabah FC, Ummareng Bacok meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama pasukannya pada minit ke-50 dalam aksi pusingan pertama Piala FA menentang Respect FC di Stadium Likas, semalam. - Foto NSTP/Mohd Adam Arinin.
“Masalah ini perlu diselesaikan segera…Kita mempunyai banyak masa sebelum perlawanan Liga Super seterusnya pada 4 April depan,” katanya.
Kim Swee berkata beliau yakin masalah keserasian dalam kalangan pemain akan dapat diatasi sekaligus mampu mencipta kemenangan ketika menentang Melaka United FC pada 4 April depan.
Mengulas mengenai masalah teknikal berhubung pemain import Jepun Taiki Kagayama beliau berkata, wujud masalah teknikal namun berjaya diselesaikan sekaligus memberi peluang kepada Taiki untuk direhatkan bagi menghadapi perlawanan selanjutnya.
“Kita tarik balik kemasukkan Taiki untuk beri peluang kepada Harraz meneruskan fokus ada perlawanan malam tadi,” katanya.
“Kita lihat ini peluang cukup baik Dominic Tan membuktikan keupayaannya melaksanakan tugasan di peringkat kebangsaan sekaligus membuat persiapan pada kelayakan Asia nanti,” katanya.
SOURCE: SABAH FC
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola